Borang Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor Berjumlah Sehingga RM500
PERHATIAN buat semua penduduk yang menetap di negeri Johor. Jika anda terkesan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) akibat daripada COVID-10, anda boleh memohon bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri Johor berjumlah RM250 sehingga RM500.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 dan dapatkan borang permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
BANTUAN IHSAN COVID-19 NEGERI JOHOR
Susulan perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh dunia, ramai rakyat yang terkesan dalam usaha melawan penularan pandemik COVID-19. Dalam membantu rakyat negeri Johor, kerajaan negeri Johor akan memberikan bantuan kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Bantuan ini meliputi golongan M40 dan juga individu yang bukan waganegara Malaysia yang melepasi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Bantuan Ihsan ini merupakan tanda prihatin kerajaan negeri terhadap setiap individu yang hilang pekerjaan atau punca pendapatan.
KUMPULAN SASAR BANTUAN IHSAN COVID-19
Terdapat empat kumpulan sasar bagi bantuan ini iaitu:
- Individu atau isi rumah yang tidak menerima sebarang bantuan lain sama ada dari kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.
- Individu atau isi rumah yang menerima bantuan sama ada daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri tetapi wajar dipertimbangkan untuk bantuan tambahan.
- Individu dan isi rumah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor dan hilang sumber pendapatan akibat PKP.
- Individu dan isi rumah bukan warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor dan hilang sumber pendapatan akibat PKP.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IHSAN
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berikut:
- Warganegara Malaysia ATAU bukan warganegara
- Menetap di Johor
- Berumur 18 tahun ke atas
- Mengisi borang dengan lengkap beserta salinan kad pengenalan atau passport
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat melalui pengisian borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui pautan yang dikongsikan di bawah perkongsian ini.
Borang yang lengkap perlu mendapat pengesahan oleh Ejen Pusat Saluran yang dilantik melalui empat pusat saluran utama iaitu:
- Pejabat Menteri Besar
- Pejabat-pejabat Daerah
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
EJEN PUSAT SALURAN
Kerajaan negeri Johor telah melantik Ketua Pusat Saluran untuk melantik Ejen Pusat Saluran bagi membantu individu atau isi rumah untuk membuat permohonan. Di bawah adalah ejen-ejen yang dilantik.
PROSEDUR PERMOHONAN
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Bilik Gerakan Pusat Maklumat Ihsan COVID-19 Johor:
- Talian 07 266 6766
- Emel: ihsancovid19@johor.gov.my
- Laman web: ihsan.johor
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
Anda boleh dapatkan borang permohonan melalui pautan di bawah.