Tawaran Biasiswa Yayasan Terengganu Untuk Pengajian PhD, Master & ACCA

Yayasan Terengganu menawarkan skim biasiswa yang diwujudkan bagi menggalakkan lebih ramai anak-anak Terengganu memperoleh kelayakan peringkat Sarjana (Master), Doktor Falsafah (PhD) atau Pensijilan Perakaunan Professional dari Association of Chartered Certified Accountant (ACCA).

Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian, penginapan, wang saku dan lain-lain termasuk Professional Bodies Fees tertakluk kepada pengesahan bilangan kertas pengecualian dari pihak ACCA.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan Biasiswa Yayasan Terengganu dan panduan permohonan.

MAKLUMAT PENGAJIAN

Peringkat Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD)

  • Bidang Pengajian: Pelbagai (Sains/Kejuruteraan/Perakaunan/Undang-Undang /Ekonomi/Sains Sosial)
  • Pusat Pengajian: Universiti Awam (UA) Dalam Negara

Peringkat ACCA

  • Tempoh pengajian / biasiswa:
    i) 1 hingga 1 ½ tahun bagi Lepasan Ijazah
    ii) 2 ½ hingga 3 tahun bagi lepasan Matrik JPPro/CAT/Diploma
  • Pusat pengajian: UiTM atau Kolej INTEC, Shah Alam

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau Surat Akuan Bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Program Sarjana

  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf ( dalam dan luar negara ) dengan mendapat sekurangkurangnya CGPA 3.50 atau setaraf.
  • Telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
  • Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.
  • Bagi pemohon dari mod penyelidikan, pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.

Peringkat PhD

  • Lulus Ijazah Sarjana (Mod Penyelidikan) atau sekurang-kurangnya CGPA 3.50 (Mod Kerja Kursus atau Campuran) dari universitiuniversiti dan kursus yang diiktiraf ( dalam dan luar negara ).
  • Lulus Ijazah Sarjanamuda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurangkurangnya CGPA 3.00 (bidang Iktisas) dan 3.50 (bukan iktisas) atau setaraf.
  • Telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
  •  Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
  • Berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.
    Pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.

ACCA

  • Lepasan Ijazah
    a) Lulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
    b) Berumur tidak lebih dari 28 tahun (Sepenuh Masa) dan 32 tahun (Separuh Masa)
    c) Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian sembilan (9) subjek ACCA.
  • Lepasan CAT/ Matrikulasi JPPro
    a) Mendapat sekurang-kurangnya markah 65 pada peringkat CAT/JPPro.
    b) Berumur tidak lebih daripada 21 tahun.
    c) Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA
  • Lepasan Diploma Perakaunan
    a) Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 Diploma Perakaunan dari IPT yang diiktiraf, kepujian Gred A dalam subjek Matematik dan sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
    b) Berumur tidak lebih daripada 22 tahun.
    c) Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.

KAEDAH PERMOHONAN

Pelajar yang berminat nak sambung pengajian dan memerlukan biasiswa yang ditawarkan boleh buat permohonan secara dalam talian bermula 23 November hingga7 Disember 2022 melalui pautan berikut:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma