Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan •Ramai Tak Tahu, Perokok Di Kedai Makan Boleh Dilaporkan Kepada KKM. Ini Cara Buat Aduan Dengan Betul •Dah Resign Tapi Gaji Akhir Belum Masuk? Ini Hak Pekerja Yang Ramai Tak Tahu •IC Hilang Sebelum Temuduga? Ini Tindakan Segera Yang Calon Perlu Buat Supaya Tidak Panik • Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan •Ramai Tak Tahu, Perokok Di Kedai Makan Boleh Dilaporkan Kepada KKM. Ini Cara Buat Aduan Dengan Betul •Dah Resign Tapi Gaji Akhir Belum Masuk? Ini Hak Pekerja Yang Ramai Tak Tahu •IC Hilang Sebelum Temuduga? Ini Tindakan Segera Yang Calon Perlu Buat Supaya Tidak Panik •

[Terkini] Pelantikan Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10

Oleh Cikgu Shaari • November 24, 2022 • 2 min baca

[Terkini] Pelantikan Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tanda tanya rakyat Malaysia akhirnya terjawab. Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sutam Abdullan Ri’ayatuddin Al-Musta’in Billah berkenan berangkan menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini.

Pada sesi Perbincangan Khas yang berlangsung bermula pada 11 pagi itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pelantikan Perdana Menteri baharu susulan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 lepas.

Perbincangan Khas itu adalah juga bertujuan bagi Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melaui untuk membolehkan Baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

PELANTIKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10

Proses yang tersebut di atas adalah bagi membolehkan Seri Paduka Baginda membuat keputusan melantik seorang ahli Dewan Rakyat Yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40 (2) (a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembangaan Persekutuan.

Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melaui, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik:

  • Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Ahli Parlimen P.063, Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan

Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang hari ini di Istana Negara.

Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.