Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Permohonan Biasiswa Yayasan Pak Rashid Untuk Sambung Pengajian Di UPM

Oleh Cikgu Shaari • October 28, 2021 • 2 min baca

Permohonan Biasiswa Yayasan Pak Rashid Untuk Sambung Pengajian Di UPM
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Pak Rashid (YPR) Universiti Putra Malaysia mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon Biasiswa Yayasan Pak Rashid bagi menampung pengajian di Universiti Putra Malaysia.  Permohonan adalah terbuka kepada calon yang sedang menuntut di tahun satu peringkat Ijazah Pertama di UPM.

Calon-calon yang berminat dan berkelayakan boleh memuat turun borang permohonan Biasiswa Yayasan Pak Rashid di laman yang disediakan atau muat turun di bawah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Calon sedang menuntut di tahun satu peringkat Ijazah Pertama di UPM
  • Memperolehi keputusan cemerlang di peringkat Program Asasi Sains Pertanian
  • Belum mendapat sebarang tajaan

Antara kelayakan tambahan yang dicari adalah calon yang:

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan berkelayakan boleh memuat turun borang permohonan Biasiswa Yayasan Pak Rashid di laman sesawang Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) atau muat turun borang yang disediakan di bawah:

Pastikan anda sertakan bersama borang senarai semak permohonan Biasiswa Yayasan Pak Rashid:

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 November 2021 (Jumaat). Borang permohonan mestilah dihantar ke alamat berikut:

  • Sekretariat Yayasan Pak Rashid
    d/a Pusat Perhubungan Alumni
    Bangunan Timbalan Naib Cancelor (Penyelidikan dan Inovasi)
    Universiti Putra Malaysia
    Serdang Selangor

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman https://alumni.upm.edu.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.