Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tawaran Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Terbuka Buat Pelajar Diploma Politeknik Awam Malaysia

Oleh Cikgu Shaari • February 6, 2023 • 2 min baca

Tawaran Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Terbuka Buat Pelajar Diploma Politeknik Awam Malaysia
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Kuok Berhad mempelawa permohonan untuk biasiswa/ bantuan kewangan daripada warganegara Malaysia yang sedang memohon atau sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik Awam Malaysia sepenuh masa untuk tahun akademik 2023/2024.

Biasiswa/ bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang kurang berkemampuan dengan pencapaian akademik, penglibatan ko-kurikulum dan kemahiran komunikasi yang baik. Bagi yang berminat untuk mohon biasiswa yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara dalam talian sehingga 24 Februari 2023.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan biasiswa Yayasan Kuok dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • Mulai 7 Februari 2023 hingga 24 Febuari 2023

BANTUAN KEWANGAN YAYASAN KUOK

Calon yang berjaya akan ditawarkan dermasiswa yang bernilai:

  • RM9,000 setahun

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran biasiswa Yayasan Kuok adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian Diploma secara sepenuh masa
  • Mengikuti pengajian di Politeknik Awam Malaysia
  • Terbuka untuk pelajar yang kurang berkemampuan dengan pencapaian akademik yang baik
  • Permohon mestilah mempunyai:
    – Sekurang-kurangnya 4 kepujian dalam SPM bagi mana-mana mata pelajaran (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeirs, Matematik, Sains atau satu mata pelajaran yang berkaitan dengan kursus yang dipohon)
    ATAU
  • gred purata sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas dalam keputusan terbaru di politeknik
  • Bantuan Kewangan Yayasan kuok hanya untuk pelajar miskin sahaja
  • Pemohon mestilah tidak memegang apa-apa biasiswa daripada organisasi lain seperti biasiswa JPA dan sebagainya.

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan biasiswa ditawarkan dan berkelayakan untuk mohon, anda boleh mohon dengan ikut langkah berikut:

  1. Mohon dan hantar permohonan dalam talian di apply.kuokfoundation.org selewat-lewatnya dalam tempoh permohonan dibuka
  2. Selepas menghantar permohonan dalam talian, pemohon perlu mencetak borang permohonan
  3. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar bersama dokumen melalui kurier atau serahan tangan ke pejabat Yayasan Kuok Berhad
    KUOK FOUNDATION BERHAD (Bantuan Kewangan untuk Siswa 2023)
    Letter Box No. 110, 16th Floor UBN Tower, 10 Jalan P. Ramlee, 50240 Kuala Lumpur

Hanya calon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ditawarkan, anda boleh terus ke laman web rasmi www.kuokfoundation.com.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.