Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) • Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) •

5 Perkara Dalam Resume Yang Anda Kena Sentiasa Update 

Oleh Cikgu Shaari • February 7, 2023 • 3 min baca

5 Perkara Dalam Resume Yang Anda Kena Sentiasa Update 
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Khas untuk calon yang sedang mencari kerja! Jangan pandang ringan dengan perkara ini, pastikan anda sentiasa update resume anda sebelum hantar ke syarikat untuk mohon kerja. Update atau perbaharui maklumat dalam resume anda ke maklumat yang TERKINI dan pastikan maklumat tersebut berkaitan dengan jawatan yang dimohon.

Bagi calon yang ada banyak pengalaman kerja atau banyak kemahiran, pastikan anda masukkan maklumat yang ada kaitan dengan jawatan yang dimohon untuk mengelakkan resume anda menjadi terlalu padat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui beberapa perkara yang perlu sentiasa diperbaharui dalam resume.

5 PERKARA DALAM RESUME YANG PERLU UPDATE

Antara perkara penting yang anda kena sentiasa update dalam resume adalah:

Guna Keywords Yang Bersesuaian

Semak semula apakah deskripsi tugasan yang telah dinyatakan oleh syarikat tersebut. Kemudian masukkan keywords yang sesuai dan sepadan dengan pekerjaan tersebut. Pastikan keywords tersebut adalah berkaitan dengan kehendak pekerjaan, kemahiran, majikan yang lalu dan kelayakan anda.

Keluarkan Maklumat Lama

Maklumat yang berkaitan dengan pengalaman kerja yang lalu 10 hingga 15 tahun lepas boleh digantikan dengan pengalaman kerja yang terkini. Juga, tidak perlu masukkan maklumat persekolahan serta pengajian kolej semata-mata untuk padatkan resume anda dengan maklumat-maklumat yang tidak diperlukan.

Masukkan Maklumat Yang Terkini

Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting. Masukkan maklumat profesional anda seperti :

  • Pekerjaan terkini
  • Maklumat pendidikan terkini
  • Kemahiran terkini

Keluarkan Objektif Resume

Gantikan objektif resume anda dengan profil resume anda. Ia lebih menekankan tentang :

  • Kemahiran
  • Pengalaman
  • Pencapaian

Pastikan 3 perkara ini mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon kerana profil resume adalah cara yang terbaik untuk anda menawarkan kepada majikan perkara yang mereka inginkan.

Tonjolkan Pencapaian Anda

Senaraikan pencapaian anda ketika update resume anda. Masukkan nombor seperti peratusan pencapaian anda pada pengalaman kerja yang lalu. Ini menunjukkan anda berjaya mencapai target dan melakukan tugasan dengan baik.

TIPS UPDATE RESUME

Berikut adalah beberapa tips untuk anda update resume:

  1. Baca Semula
    Setelah siap di update, pastikan anda membaca semula atau meminta rakan untuk membaca resume anda agar dapat mengenalpasti kesilapan atau kesalahan kecil yang dilakukan.
  2. Update Resume Online
    Jika anda pernah menghantar resume secara online dimana-mana laman web, juga gantikan atau update resume anda dengan resume yang terkini. Apabila anda update dengan resume terkini, secara automatik juga sistem akan padankan dengan pekerjaan yang lebih relevan dan sesuai dengan anda.
  3. Update Dengan Kerap
    Ia adalah satu perkara yang bagus kerana apabila anda mendapat pekerjaan yang baru, pencapaian terkini dan menyambung belajar, anda boleh terus masukkan ke dalam resume anda. Ia lebih mudah apabila anda sentiasa update resume berbanding update selepas berpuluh tahun

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.