Tawaran Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Terbuka Buat Pelajar Diploma Politeknik Awam Malaysia
Yayasan Kuok Berhad mempelawa permohonan untuk biasiswa/ bantuan kewangan daripada warganegara Malaysia yang sedang memohon atau sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik Awam Malaysia sepenuh masa untuk tahun akademik 2023/2024.
Biasiswa/ bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang kurang berkemampuan dengan pencapaian akademik, penglibatan ko-kurikulum dan kemahiran komunikasi yang baik. Bagi yang berminat untuk mohon biasiswa yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara dalam talian sehingga 24 Februari 2023.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan biasiswa Yayasan Kuok dibuka sepanjang tempoh berikut:
- Mulai 7 Februari 2023 hingga 24 Febuari 2023
BANTUAN KEWANGAN YAYASAN KUOK
Calon yang berjaya akan ditawarkan dermasiswa yang bernilai:
- RM9,000 setahun
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran biasiswa Yayasan Kuok adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian Diploma secara sepenuh masa
- Mengikuti pengajian di Politeknik Awam Malaysia
- Terbuka untuk pelajar yang kurang berkemampuan dengan pencapaian akademik yang baik
- Permohon mestilah mempunyai:
– Sekurang-kurangnya 4 kepujian dalam SPM bagi mana-mana mata pelajaran (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeirs, Matematik, Sains atau satu mata pelajaran yang berkaitan dengan kursus yang dipohon)
ATAU - gred purata sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas dalam keputusan terbaru di politeknik
- Bantuan Kewangan Yayasan kuok hanya untuk pelajar miskin sahaja
- Pemohon mestilah tidak memegang apa-apa biasiswa daripada organisasi lain seperti biasiswa JPA dan sebagainya.
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan biasiswa ditawarkan dan berkelayakan untuk mohon, anda boleh mohon dengan ikut langkah berikut:
- Mohon dan hantar permohonan dalam talian di apply.kuokfoundation.org selewat-lewatnya dalam tempoh permohonan dibuka
- Selepas menghantar permohonan dalam talian, pemohon perlu mencetak borang permohonan
- Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar bersama dokumen melalui kurier atau serahan tangan ke pejabat Yayasan Kuok Berhad
KUOK FOUNDATION BERHAD (Bantuan Kewangan untuk Siswa 2023)
Letter Box No. 110, 16th Floor UBN Tower, 10 Jalan P. Ramlee, 50240 Kuala Lumpur
Hanya calon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ditawarkan, anda boleh terus ke laman web rasmi www.kuokfoundation.com.