Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim Dibuka Untuk Pengajian Master & PhD 

Oleh Cikgu Shaari • September 21, 2021 • 3 min baca

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim Dibuka Untuk Pengajian Master & PhD 
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kini membuka tawaran tajaan Biasiswa Sultan Ibrahim untuk pelajar yang sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diiktiraf. Permohonan boleh dibuat bermula 21 September sehingga 30 September 2021 khusus untuk pelajar berkelayakan.

Pelajar yang berminat dengan biasiswa yang ditawarkan mestilah memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan dan buat permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup permohonan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT TAJAAN

Tajaan Biasiswa Sultan Ibrahim adalah seperti berikut:

Ijazah Sarjana

  • Tempoh tajaan: 1 hingga 2 tahun
  • Yuran pengajian (sepanjang pengajian): Tidak melebihi RM10,000
  • Elaun Sara Hidup (Setahun): RM12,000

Doktor Falsafah

  • Tempoh tajaan: 3 hingga 4 tahun
  • Yuran pengajian (sepanjang pengajian): Tidak melebihi RM24,000
  • Elaun Sara Hidup (Setahun): RM18,000

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
  • Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
  • Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  • Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
  • Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
  • Pengajian adalah sepenuh masa
  • Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
  • Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat

Berikut adalah syarat khusus akademik:

Peringkat Ijazah Sarjana

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

Peringkat Doktor Falsafah

  • Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 75 – 4.00 atau setara
  • Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen yang TELAH DISAHKAN berikut:

  • Salinan Slip permohonan
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga
  • Salinan surat tawaran pengajian
  • Salinan Transkrip bagi taraf pengajian sebelum
  • Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi yang sedang mengikuti pengajian sahaja)
  • Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian

CARA MOHON

Permohonan boleh dibuat bermula 21 September sehingga 30 September 2021 secara atas talian dengan hantar slip permohonan beserta dokumen sokongan ke pejabat YPJ Larkin. Permohonan online boleh dibuat secara online di pautan berikut:

Rujuk panduan menghantar dokumen sokongan Biasiswa Sultan Ibrahim di bawah:

Untuk maklumat lanjut berkenaan Biasiswa Sulta Ibrahim, anda boleh terus ke laman www.portal.ypj.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.