Tawaran Program Biasiswa Kementerian Pelancongan Dan Warisan Budaya, Republik Uzbekistan 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon kemudahan Program Biasiswa Kementerian Pelancongan dan Warisan Budaya, Republik Uzbekistan Tahun 2023 bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di Republik Uzbekistan.

Pelbagai program pengajian ditawarkan! Calon yang berjaya mendapat penempatan akan menikmati pelbagai kemudahan sepanjang tempoh pengajian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program biasiswa ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan Program Biasiswa Kementerian Pelancongan dan Warisan Budaya , Republik Uzbekistan Tahun 2023 bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di Republik Uzbekistan adalah:

  • 20 Januari 2023 bagi semester musim bunga
  • 1 Julai 2023 bagi semester musim luruh

PROGRAM PENGAJIAN DITAWARKAN

Antara program pengajian peringkat Ijazah Sarjana di Republik Uzbekistan yang ditawarkan adalah:

  • Pelancongan,
  • Logistik dalam Pelancongan,
  • Pengajian Muzium,
  • Pengurusan Warisan Budaya,
  • Industri Kreatif dan
  • Arkeologi

KEMUDAHAN PENGAJIAN

Calon yang berjaya akan menikmati kemudahan:

  • yuran pengajian,
  • elaun sara hidup,
  • elaun penginapan,
  • elaun lawatan ke bandar purba di Uzbekistan dan
  • tiket penerbangan dua hala.

CARA MOHON

Sekirnya anda berminat untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda dalam program pengajian beserta biasiswa yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sebelum permohonan ditutup secara atas talian. Permohonan atas talian boleh dibuat elalui laman web berikut:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan program biasiswa yang ditawarkan, anda boleh hubungi Mr Elbek Saidov di talian 012 220 4414 atau email ke alamat secretary@uzbekembassy.com.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma