Dah Dapat Tawaran KPTM? Ini 4 Langkah Penting Yang Pelajar Perlu Buat Segera •Klik Terima Tawaran TVET 2026 Dibuka Mulai 25 Mei, Calon Perlu Buat Pilihan Segera •Cara Bina Networking Untuk Dapat Kerja Tahun 2026, Bukan Sekadar Hantar Resume •Semakan Panggilan Temu Duga Program Pendidikan 2026 Sudah Dibuka, Ini Link Rasmi Universiti Terlibat •Cara Tolak Tawaran Kerja Melalui WhatsApp Dengan Profesional (Contoh Ayat Lengkap 2026) • Dah Dapat Tawaran KPTM? Ini 4 Langkah Penting Yang Pelajar Perlu Buat Segera •Klik Terima Tawaran TVET 2026 Dibuka Mulai 25 Mei, Calon Perlu Buat Pilihan Segera •Cara Bina Networking Untuk Dapat Kerja Tahun 2026, Bukan Sekadar Hantar Resume •Semakan Panggilan Temu Duga Program Pendidikan 2026 Sudah Dibuka, Ini Link Rasmi Universiti Terlibat •Cara Tolak Tawaran Kerja Melalui WhatsApp Dengan Profesional (Contoh Ayat Lengkap 2026) •

Cara Mohon Jawatan Pembantu Hasil LHDN Dengan Minima SPM

Oleh Cikgu Shaari • December 14, 2022 • 3 min baca

Cara Mohon Jawatan Pembantu Hasil LHDN Dengan Minima SPM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berminat nak bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)? Individu yang mempunyai kelayakan minima SPM boleh mohon bagi jawatan yang kini ditawarkan! Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mohon jawatan seperti yang diiklankan.

Permohonan bagi individu yang berkelayakan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem khas yang disediakan iaitu Portal Pencarian Kerja LHDNM selewat-lewatnya 15 Disember 2022. Jika berminat, pastikan anda hantar permohonan segera!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  • Nama Jawatan: Pembantu Hasil (Percukaian & Operasi)
  • Taraf jawatan: Kontrak Harian
  • Gaji permulaan: RM75 sehari
  • Penempatan: PKH LIMBANG
  • Tarikh tutup permohonan: 15 Disember 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan kepada calon yang memiliki dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM

Calon juga mestilah mempunyai kriteria berikut:

  • Cergas, berdisiplin, berdedikasi, fleksibel, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik
  • Boleh bekerja secara berkumpulan serta kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan kemahiran pertuturan dalam pelbagai Bahasa

BIDANG TUGAS

Berikut adalah bidang tugas bagi jawatan yang ditawarkan:

  • Membantu dalam tugas berkaitan Bantuan Khas Kerajaan

Fungsi Program Bantuan Khas Kerajaan (BKK)

  • Membantu mengkaji spesifikasi skema pangkalan data;
  • Membantu merekabentuk pangkalan data berdasarkan DDS;
  • Membantu melaksanakan pengujian pangkalan data dengan sistem;
  • Membantu melaksanakan pengujian keupayaan pangkalan data;
  • Memastikan pangkalan data berfungsi dengan keupayaan yang optimum;
  • Memastikan proses pembersihan data agensi dan ETL berjaya dilaksanakan dan
  • Penyediaan dokumentasi bagi pembangunan pangkalan data.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Pekerjaan LHDNM secara manual yang boleh diperolehi di laman sesawang LHDNM Bahagian Kerjaya di pautan berikut:

Borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan beserta sekeping gambar ukuran pasporat hendaklah dihantar pada atau sebelum 15 Disember 2022 (Khamis) ke alamat berikut:

  • Penyelaras PKH Limbang
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Lot1287 Bangunan LKIL
    Jalan Wong Tsap En
    98700 Limbang Sarawak

Permohonan mestilah dihantar bersama-sama dokumen berikut:

  • Sekeping gambar terbaru berukuran pasport
  • Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, Sijil berhenti sekolah (tamat tingkatan 5), Sijil SPM dan lain-lain sijil yang berkaitan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.