Permohonan Biasiswa Jardine Cycle & Carriage Buat Pelajar Universiti Malaya
Jardine Cycle & Carriage Limited (Singapura) menawarkan satu biasiswa untuk pembiayaan penuh yuran pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar Universiti Malaya (UM) tahun satu sesi 2020/2021 dari fakulti tertentu.
Pelajar yang tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi lain adalah dipelawa untuk mohon biasiswa.
Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di bawah.
Isi Kandungan
FAKULTI/PUSAT YANG LAYAK
Biasiswa ini terbuka kepada pelajar dari fakulti/pusat berikut:
- Fakulti Bahasa & Linguistik
- Fakulti Ekonomi & Pentadbiran
- Fakulti Pendidikan
- Fakulti Sastera & Sains Sosial
- Fakulti Sains
- Fakulti Undang-undang
- Fakulti Kejuruteraan
- Fakulti Perniagaan & Perakaunan
- Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
- Pusat Kebudayaan
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak memohon biasiswa:
- Rakyat Malaysia berusia bawah 25 tahun.
- Pelajar berdaftar bagi program Ijazah Sarjana Muda dari fakulti yang ditetapkan
- STPM/ Asasi Sains/ Matrikulasi/ Diploma (CGPA sekurang-kurangnya 3.00) atau 3A’s (mesti lulus Kertas Am) bagi program A-Level
- Pelajar daripada golongan B40 atau pendapatan isi rumah kasar RM3,000 dan ke bawah
- Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, sukan dan perkhidmatan komuniti
- Memiliki kualiti kepimpinan yang baik melalui pelbagai jawatan yang disandang semasa di sekolah/universiti/komuniti
- Penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam lisan dan penulisan yang baik
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang cemerlang
- Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi lain
CARA MOHON
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Oktober 2020. Pelajar yang ingin memohon hendaklah melengkapkan borang permohonan dan menghantar secara atas talian.
Sebarang pertanyaan lanjut atau pertanyaan mengenai permohonan biasiswa, anda boleh hubungi Sekretariat Biasiswa Jardine Cycle & Carriage Pusat Hubungan Alumni & Kemajuan Institusi (CARIA) di talian berikut:
- Tel: 03 7967 7803 / 4430 / 4439 / 6261
- Emel: caria@um.edu.my
- Facebook: Jabatan Bendahari, Universiti Malaya