Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA Buat Lepasan SPM Ke Peringat Ijazah Sarjana Muda

FELDA, melalui Yayasan FELDA, dengan bangganya menawarkan Program Global Digital Leadership (GDL) yang disokong sepenuhnya oleh biasiswa FELDA/FGV. Program ini dikhususkan untuk pelajar lepasan SPM 2023 dan memberikan peluang istimewa kepada Anak/Cucu Peneroka FELDA serta Generasi Baharu, termasuk juga Anak Kakitangan Petugas FELDA dan Kumpulan FELDA.

Program GDL ini merupakan inisiatif yang bertujuan untuk membangunkan kemahiran digital dan kepimpinan di kalangan generasi muda FELDA. Melalui kerjasama dengan Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), program ini menjanjikan pendidikan berkualiti tinggi dalam bidang teknologi dan inovasi digital, dengan harapan untuk melahirkan pemimpin digital masa depan yang berwibawa.

TAWARAN TAJAAN FELDA

Yayasan FELDA, Program Global Digital Leadership (GDL) menawarkan:

  • Tawaran Tajaan Peringkat Foundation & Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University Of Technology & Innovation (APU)
  • Elaun Sara Hidup sepanjang pengajian
  • Kemudahan penginapan
  • Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea) Intensive English Programme (IEP)
  • Neuro Lingu Programming (NLP)

Bukan itu sahaja, pelajar yang mengikuti pengajian di bawah tajaan ini akan diberi kemudahan pengangkutan kampus:

  • Perkhidmatan shuttle bus percuma antara APU universiti dan stesen LRT disediakan bagi pelajar yang menginap di Technology Park Malaysia, TPM.

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021
  • Anak Peneroka/ Generasi Baharu FELDA/ Anak petugas FELDA & Kumpulan FELDA
  • Lepasan SPM tahun 2021
  • Kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti kokurikulum dan sukan
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik

SENARAI PROGRAM PENGAJIAN TAJAAN FELDA

Berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di bawah tajaan penuh FELDA:

PERMOHONAN DI BUKA SEKARANG

Permohonan kini dibuka khas buat semua Anak/Cucu Peneroka FELDA dan Generasi Baharu serta Anak Kakitangan Petugas FELDA dan Kumpulan FELDA. Untuk memohon, pelajar perlu mengisi borang permohonan yang disediakan melalui pautan atau imbasan Kod QR berikut:

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan bagi program ini akan ditutup 14 hari selepas keputusan SPM 2023 diumumkan. Oleh itu, para pelajar dinasihatkan untuk segera mengambil tindakan dan melengkapkan permohonan mereka secepat mungkin bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang berharga ini.

Dengan adanya biasiswa penuh ini, FELDA berharap dapat memberikan peluang pendidikan yang terbaik kepada anak-anak peneroka dan kakitangan mereka, sekaligus membina masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing dalam dunia digital yang semakin berkembang.

 

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma