Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tawaran Biasiswa 2 Generasi Terbuka Buat Pelajar Diploma Tahun Pertama

Oleh Cikgu Shaari • August 22, 2022 • 2 min baca

Tawaran Biasiswa 2 Generasi Terbuka Buat Pelajar Diploma Tahun Pertama
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan Biasiswa 2 Generasi kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat Diploma di UPM. Pelajar mestilah sedang dalam pengajian semester dan tahun pertama sahaja.

Bagi yang berminat untuk dapatkan tajaan biasiswa ini, anda boleh muat turun borang permohonan yang disediakan di bawah. Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen-dokumen yang dinyatakan mestilah dihantar ke Sekretariat Biasiswa 2 Generasi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan Biasiswa 2 Generasi boleh dibuat sehingga:

  • Tarikh tutup: 26 Ogos 2022

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran biasiswa adalah terbuka kepada pelajar yang berkelayakan seperti berikut:

  • Calon adalah warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pelajar Diploma Pertanian, Diploma Perikanan, Diploma Perhutanan dan Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
  • Pelajar mempunyai keputusan yang baik di peringkat SPM dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pertanian
  • Hanya pelajar semester pertanian, tahun pertama sahaja yang layak memohon
  • Pendapatan isi rumah haruslah berjumlah RM3,000 ke bawahan bagi pelajar Asnaf akan diberikan keutamaan.

CARA MOHON

Calon yang berminat dengan tawaran biasiswa seperti diiklan dan berkelayakan seperti yang dinyatakan, anda boleh muat turun borang permohonan melalui laman sesawang Pusat Perhubungan Alumni UPM atau muat turun di bawah:

BORANG PERMOHONAN BIASISWA 2 GENERASI

Borang permohonan ini hendaklah diisi oleh pemohon dengan tulisan tangan. Sila gunakan huruf besar. Sertakan bersama salinan Surat Beranak, Kad Pengenalan dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut peraturan, tidak akan diberi pertimbangan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

  • SEKRETARIAT BIASISWA 2 GENERASI
    d/a Pusat Perhubungan Alumni, Aras Bawah,
    Bangunan Timbalan Naib Canselor
    Penyelidikan & Inovasi, Off Lebuh Silikon,
    43400 UPM Serdang,
    Selangor Darul Ehsan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.