Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tawaran Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) RM1,800/semester Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • August 23, 2022 • 2 min baca

Tawaran Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) RM1,800/semester Kini Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pelajar yang sambung pengajian peringkat Sijil di Kolej Komuniti boleh mohon tawaran Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK). Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.

Golongan sasaran yang layak menerima bantuan ini adalah pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT BANTUAN

  • Nama bantuan: Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
  • Peringkat Pengajian: Sijil
  • Tempat Pengajian: Kolej Komuniti
  • Kadar bantuan: RM300/sebulan atau RM1,800 sepanjang satu semester

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada pelajar yang berkelayakan seperti berikut:

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

CARA MOHON

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya 31 Disember 2022 melalui:

  • Pusat Kolej Komuniti masing-masing

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan bantuan ditawarkan, anda boleh hubungi talian dan alamat berikut:

  • Unit Biasiswa
    Bahagian Biasiswa
    Kementerian Pengajian Tinggi,
    Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
    62200 Putrajaya
  • Tel: 03 8888 1616
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.