Belum Daftar Kelahiran Anak-anak & Kematian Ahli Keluarga? Ini Apa Yang Perlu Anda Lakukan Selepas PKP Nanti

Belum Daftar Kelahiran Anak-anak & Kematian Ahli Keluarga? Ini Apa Yang Perlu Anda Lakukan Selepas PKP Nanti.

SEMUA urusan pendaftaran kelahiran dan kematian bagi warganegara Malaysia dilanjutkan selama 90 hari sejurus tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Memandangkan PKP dijadualkan bakal tamat pada 28 April 2020, jadi semua premis masih ditutup sehingga tamat tempoh tersebut. Sebarang urusan untuk pendaftaran kelahiran dan kematian dibenarkan untuk dilakukan selepas tamat PKP.

Namun kelewatan pendaftaran tersebut tidak akan dikenakan bayaran penalti memandangkan kelewatan tersebut adalah disebabkan oleh PKP.

PENDAFTARAN DALAM TEMPOH 90 HARI SELEPAS PKP

Bagi kes pendaftaran sijil kematian dan sijil kelahiran, anda boleh berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) terdekat anda selepas tamatnya PKP tetapi dalam tempoh 90 hari selepas tamatnya PKP.

Manakala bagi warganegara Malaysia yang kini berada di luar negara, tempoh lanjutan 90 hari ini adalah mengikut tarikh tamat tempoh PKP di negara anda berada.

KEHILANGAN KAD PENGENALAN

Bagi kes kehilangan kad pengenalan pula, anda boleh membuat temu janji dengan JPN negeri anda bagi menggantikan kad pengenalan baru. Hanya kes kecemasan sahaja dibenarkan untuk membuat temu janji dengan JPN bagi memudahkan urusan.

Jadi bagi membuat pendaftaran kelahiran atau kematian, anda tidak perlu terburu-buru buat sekarang kerana sekarang masih dalam tempoh PKP di mana semua pejabat JPN masih ditutup. Diingatkan sekali lagi, anda boleh lakukan dalam tempoh 90 hari selepas tamat tempoh PKP.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma