Saya Berumur 20 Tahun 1 Bulan. Masih Belum Cukup 21 Tahun. Adakah Saya Layak Mohon BPN?
Pelbagai soalan berkaitan Bantuan Prihatin Nasional telah terjawab di perkongsian lepas mengenai pelbagai status seperti janda, pelajar dan penerima BRIM. Namun persoalan yang muncul kali ini berlainan iaitu mengenai layakkah seseorang yang tidak cukup umur 21 tahun jika diikutkan tarikh tarikh, tetapi jika ikut tahun umurnya cukup 21 tahun menerima bantuan sebagai bujang?
Seperti yang kita tahu, kelayakan untuk memohon dalam kategori bujang adalah mesti berumur 21 tahun dan ke atas. Buat mereka yang tidak cukup 21 tahun mengikut tarikh lahir dan keliru sama ada layak atau tidak menerima bantuan sebagai bujang kini tanda tanya anda bakal terjawab.
Ikuti perkongsian di bawah untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan ini.
ADAKAH PERMOHONAN BUJANG MENGIKUT TARIKH LAHIR ATAU TAHUN LAHIR?
Persoalan ini dijawab oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC.
Menurut Linggam, Sally, Chew dan Kak Wang yang dilahirkan pada tahun 1999, ada di antara mereka masih tidak cukup umur 21 tahun kerana lahir pada Mei dan Oktober. Jika ikutkan tahun lahir, mereka cukup 21 tahun tetapi jika ikutkan tarikh lahir mereka tidak cukup umur. Mereka sendiri keliru adakah mereka layak menerima bantuan bujang atau tidak kerana mereka faham bahawa kategori bujang adalah berumur 21 tahun ke atas sahaja.
Siti tampil membantu anak muda ini dengan memberi penjelasan bahawa LHDN telah memaklumkan bahawa pengiraan umur 21 tahun adalah mengikut tahun dan tidak mengikut tarikh lahir. Ini bermakna mereka layak menerima bantuan dalam kategori bujang kerana lahir pada tahun 1999.
Jelas dinyatakan bahawa kategori bujang adalah diambil kira mengikut tahun kelahiran. Anda tidak perlu keliru lagi kerana jika anda lahir pada tahun 1999 dan ke atas, anda layak untuk menerima bantuan sebagai bujang.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anak muda yang masih keliru. Semoga berjaya!