Tarikh Bayaran Kedua i-Sinar Dikreditkan Ke Akaun Bank Mengikut Tarikh Bayaran Pertama
Tahniah sekiranya anda lulus permohonan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP anda melalui program i-Sinar. Permohonan i-Sinar dibuka sehingga 30 Jun 2021. Bagi yang baru nak buat permohonan, ketahui tempoh diambil untuk dapat kelulusan dan wang masuk ke akaun.
Seperti yang kita tahu, pembayaran i-Sinar bagi pengeluaran RM10,000 akan dibayar secara berperingkat. Pemohon yang lulus akan terima bayaran bulan pertama terlebih dahulu sehingga RM5,000 dan baki RM5,000 akan dibayar setiap bulan secara berperingkat.
Bayaran pertama selalunya akan dibayar dalam tempoh seminggu selepas permohonan diluluskan. Bila pula bayaran kedua akan dibuat?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tarikh bayaran kedua i-Sinar dibuat berdasarkan tarikh permohonan.
Isi Kandungan
JADUAL PEMBAYARAN BULAN PERTAMA
Semak jadual pembayaran bulan pertama mengikut jumlah pengeluaran pemohon:
Baki Simpanan RM100,000 dan ke bawah
Baki Simpanan Akaun 1 Lebih dari RM100,000
BILA BAYARAN KEDUA i-SINAR DITERIMA?
Menurut jawapan pihak KWSP, bayaran kedua i-Sinar dibuat seperti berikut:
Ringkasnya,
- Tempoh bayaran kedua adalah sama seperti tarikh bayaran bulan pertama (Jika terima bayaran pertama pada 6 Januari, maka bayaran kedua adalah sekitar 6 Februari jika jatuh pada hari bekerja; ATAU
- Maksimum dalam tempoh 2 minggu; ATAU
- Sebelum akhir bulan berkenaan
TARIKH JANGKAAN BAYARAN KEDUA i-SINAR
Berikut adalah jadual pembayaran duit i-Sinar bulan kedua berdasarkan tarikh bayaran pertama diterima:
Baca juga: Status i-Sinar: Penjelasan Maksud Setiap Warna Status Permohonan i-Sinar Anda