Tarikh Bayaran I-Sinar Bulan Mei 2021: Dibayar Awal Bulan

Seperti yang kita tahu, bayaran i-Sinar bulan Mac sudah dibuat lebih awal daripada yang dijangkakan, iaitu pada bulan Februari lalu. Pihak KWSP telah membuat bayaran bulan April sehingga minggu kedua April lalu. Sehingga kini, penerima sudah mendapat bayaran masing-masing seperti yang dijadualkan.

Bila pula bayaran i-Sinar bulan Mei akan dilakukan? Pasti ramai yang mengharapkan bayaran i-Sinar Mei 2021 dibuat sebelum raya kan? Untuk makluman anda, bayaran akan dibuat secara berperingkat dan anda boleh buat semakan secara online melalui i-Akaun masing-masing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran i-Sinar bulan Mei 2021 dan cara buat semakan.

TARIKH BAYARAN I-SINAR MEI 2021

Pengkreditan amaun ke akaun bank masing-masing adalah seperti berikut:

  • Ahli yang menerima pada 1 April sebelum ini akan menerima bayaran pada 3 Mei 2021
  • Ahli yang menerima pada 2 April sebelum ini akan menerima bayaran pada 4 Mei 2021

Seperti yang kita semua sedia maklum, pembayaran adalah secara kredit ke akaun pemohon akan dibuat SECARA BERPERINGKAT.

Rujuk: Panduan Semak Jadual Pembayaran Bulanan i-Sinar

PERMOHONAN BAHARU & PINDAAN AMAUN

Ahli KWSP yang masih belum pernah buat permohonan pengeluaran i-Sinar masih berpeluang untuk buat permohonan baharu sehingga 30 Jun 2021. Permohonan baru i-Sinar KWSP TANPA SYARAT boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Pemohon yang telah berjaya membuat permohonan lepas dan telah terima bayaran sebelum ini masih boleh buat pindaan amaun jika tidak berpuas hati dengan amaun pengeluaran sekarang. Pindaan amaun i-Sinar boleh dibuat melalui pautan berikut:

Baca: Kesalahan Pindaan Amaun i-Sinar Yang Ramai Lakukan. Jangan Buat Kesilapan ini

PEMBATALAN PENGELUARAN I SINAR

Dah terima bayaran i-Sinar setiap bulan dan merasakan anda sudah tidak perlukan lagi teruskan pengeluaran i-Sinar? Anda boleh hentikan pengeluaran i-Sinar dan simpan sahaja wang simpanan KWSP anda!

Pembatalan pengeluaran i-Sinar boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Setelah pembatalan telah berjaya dibuat, pengeluaran i-Sinar anda akan diberhentikan serta merta. Anda tidak akan terima bayaran bulanan lagi. Semak baki Akaun 1 KWSP anda DI SINI.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan i-Sinar, anda boleh hubungi talian khas di 03 8922 4848 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma