Tarikh & Kaedah Bayaran BPR Fasa Kedua Secara Tunai Bagi Penerima Tanpa Akaun Bank
Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 fasa 1 telah bermula secara rasminya pada 24 Februari 2021 (Rabu) dan ia akan dilakukan secara berperingkat mengikut jadual rasmi pembayaran BPR 2021 semua kategori. Terkini, penerima BPR yang layak dan mempunyai akaun bank telahpun menerima bayaran BPR Fasa kedua masing-masing seperti yang dijadualkan iaitu bermula 7 Mei hingga 12 Mei 2021.
Orang ramai yang telah membuat permohonan BPR diminta buat semakan maklumat bayaran di laman bpr.hasil.gov.my untuk tahu status bayaran bantuan masing-masing. Namun ada juga pemohon yang lulus permohonan tetapi TIDAK MEMPUNYAI AKAUN BANK akan mendapat bayaran secara tunai di cawangan BSN.
Siapa yang akan mendapat bayaran secara tunai, dan bagaimana nak dapatkan bayaran bantuan masing-masing secara tunai? Ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
TARIKH BAYARAN BPR SECARA TUNAI
Bagi pembayaran BPR Fasa kedua secara tunai, ia akan bermula pada:
- 17 Mei 2021 (Isnin)
PEMBAYARAN SECARA TUNAI
Pembayaran BPR secara tunai adalah kepada penerima lulus yang:
- Tidak mempunyai akaun bank
- Akaun bank tidak aktif
- Gagal kredit
- Dan sebagainya
Pemohon diminta untuk buat semakan status permohonan terlebih dahulu untuk ketahui kaedah bayaran. Hanya penerima yang tiada akaun bank/ akaun bank tidak aktif/ gagal kredit sahaja akan terima bayaran secara tunai. Buat semakan di sini:
Bagi penerima yang dapat pembayaran secara tunai akan terima No. Baucar seperti berikut:
KAEDAH PEMBAYARAN SECARA TUNAI
Untuk pembayaran secara tunai, penerima perlu HADIR ke Cawangan BSN bersama:
- Kad pengenalan
- No. Baucar
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BPR 2021. Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai pelitup muka serta membuat saringan suhu sebelum maklumat transaksi perbankan di kaunter Cawangan BSN.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungi Pelanggan BSN melalui talian 1-300-88-1900.