Cara Bayar Bil Elektrik Secara Online Melalui JomPAY Yang Ramai Tak Tahu
Dengan kemudahan yang ada hari ini, hampir semua perkara boleh di settelakan di atas talian! Mudahnya orang zaman sekarang, tidak perlu keluar rumah pun dah boleh bayar bil elektrik. Bagi yang masih tidak tahu sebenarnya anda boleh bayar bil elektrik secara online melalui JomPAY.
JomPAY adalah satu inisiatif dari Bank Negara bagi memudahkan urusan pembayaran bill secara atas talian. Service ini telah diuruskan oleh Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).
Ikuti perkongsian di bawah jika anda nak tahu cara bayar bil elektrik menggunakan JomPAY melalui perbankan online.
Isi Kandungan
JomPAY Biller Code
JomPAY menggunakan Biller Code sebagai rujukan untuk pengguna membayar bil secara atas talian. Untuk bil Tenaga Nasional Berhad, Biller Code yang ditetapkan adalah 5454. Anda boleh lihat di bil elektrik anda.
Panduan Bayar Bil Elektrik Menggunakan JomPAY
Untuk Maybank2u, kaedahnya lebih kurang sama. Anda boleh cari pilihan JomPay. Berikut adalah panduan menggunakan CIMB Click untuk bayar bil elektrik melalui JomPAY:
- Log masuk ke akaun CIMB Clicks
- Pergi ke menu Pay dan pilih Bills
- Anda akan diberi 2 pilihan untuk bayar iaitu menggunakan CIMB Clicks ataupun JomPAY. Pilih JomPAY dan masukkan Biller Code: 5454 untuk bayar bil elektrik
- Masukkan Ref 1 iaitu nombor akaun TNB dan Ref 2 iaitu nombor bil dan invois bil yang boleh anda rujuk di cetakan bil anda.
- Masukkan jumlah bayaran yang anda mahu buat
- Klik Proceed to Pay Payment
Settle! Pembayaran terus dibuat dan bayaran akan ditolak terus dari akaun CIMB Clicks anda. Anda akan terima notification bayaran anda yang telah berjaya.
Perbezaan Antara JomPAY Dengan Bill Payment Biasa
Antara perbezaan jika anda membuat pembayaran melalui JomPAY dengan Bill Payment biasa adalah:
- Bayaran menggunakan JomPAY akan terus diterima oleh pihak biller serta merta. Waktu cuti pun boleh buat pembayaran.
- Bill Payment biasa akan beroperasi pada waktu dan hari bekerja sahaja. Maksudnya jika anda bayar Sabtu, hari Isnin baru pembayaran diterima.
- JomPAY lebih pantas berbanding pembayaran biasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda sebagai panduan untuk bayar bill elektrik dengan mudah sekali. Tidak perlu susah-susah keluar untuk bayar bil di luar. Selain bil elektrik, anda boleh juga semak Cara Bayar Bil Air Melalui JomPAY.
Jika anda tidak pasti jumlah bayaran bil yang perlu anda bayar, anda boleh baca Cara Mudah Nak Tahu Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar. Anda tidak perlu daftar akaun pun untuk semak jumlah bayaran.