Daftar Program Pelatih Skim Latihan Singkat Terbuka Buat Graduan, Elaun RM1,500 Diberi

Graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian di IPT Timur Tengah dan IPT tempatan sesi 2020/2021 dan 2022 yang telah menerima surat senat adalah dipelawa untuk menyertai Program Pelatih Skim Latihan Singkat (PSLK MAINS 3.0) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran kerja.

Graduan yang berjaya mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak selama 12 bulan dan menerima pelbagai manfaat sepanjang tempoh program. Bagi yang berminat, pastikan anda buat permohonan secara dalam talian sepanjang permohonan dibuka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Pelatih Skim Latihan Singkat (PSLK MAINS)
  • Anjuran: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
  • Tempoh program: Kontrak selama setahun (12 bulan)
  • Tempoh permohonan: 2 Ogos – 15 Ogos 2022

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat permohonan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada anak-anak Negeri Sembilan
  • Sihat tubuh badan
  • Berkemahiran menggunakan komputer
  • Bertanggungjawab serta berfikiran terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat

JENIS LATIHAN

Antara latihan yang disediakan kepada graduan adalah:

  • Zakat
  • Wakaf
  • Kaunseling
  • Ekonomi
  • Kewangan
  • ukur Bahan
  • Pentadbiran dan Sumber Manusia
  • Khidmat Pelanggan
  • Teknologi Maklumat
  • Multimedia
  • Media Baharu
  • Korporat
  • Pengurus Mal (Harga Orang Islam)

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan disediakan kepada peserta sepanjang latihan adalah:

  • Bayaran RM1,500 (Ijazah Sarjana Muda) dan RM1,200 (Diploma) sebulan
  • Caruman KWSP & PERKESO
  • Tuntutan kerja lebih masa, elaun perjalanan dan lain-lain faedah berkaitan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk sertai program latihan ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara dalam talian sepanjang tempoh ditetapkan. Lengkapkan permohonan melalui pautan berikut:

Permohonan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada MAINS selepas 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

Jika tidak mempunyai Salinan skrol ljazah Sarjana Muda dan Diploma kerana belum menghadiri konvokesyen, tuan/puan adalah dikehendaki untuk mengemukakan Surat Senat Universiti/Surat Pengesahan Tamat Pengajian daripada pihak Universiti.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma