Baucar Pelancongan Kita Selangor 2.0: Cara Tebus Baucar RM100 Di Shopee

Kerajaan telah memaklumkan kita akan memasuki fasa Endemik tidak lama lagi, iaitu pada penghujung bulan Oktober 2021. Ini bermakna, selepas ini rakyat Malaysia perlu biasakan diri untuk “hidup bersama” penularan virus Covid-19. Baru-baru ini rakyat Malaysia mendengar berita gembira, iaitu kebenaran rentas negeri telah berkuatkuasa mulai 11 Oktober 2021.

Setelah sekian lama,ramai yang rindu untuk pulang ke kampung dan ada juga yang dah lama nak pergi melancong ke negeri lain. Inilah masanya!

Ada berita baik buat penduduk Selangor! Kerajaan negeri melancarkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 Oktober ini.

TEMPOH PENEBUSAN

Penduduk Selangor disaran tidak melepaskan peluang mendapatkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 yang boleh ditebus pada:

  • Tempoh Kempen/ Tempahan: 22 Oktober hingga 31 Disember 2021
  • Tempoh Perjalanan: 22 Oktober 2021 hingga 30 Jun 2022

Baucar yang tidak digunakan akan tamat selepas 31 Disember 2021.

TUJUAN BAUCAR PELANCONGAN SELANGOR

Tujuan pemberian Baucar Pelancongan Selangor kepada rakyat negeri ini adalah:

  • Kerana buat masa ini kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan selain merancakkan industri pelancongan dalam Selangor
  • Baucar ini disediakan bagi merancakkan aktiviti sektor berkaitan susulan Selangor beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

NILAI BAUCAR

Exco Pelancongan Hee Loy Sian berkata baucar pelancongan percuma sebanyak 10,000 bernilai:

  • 10,000 baucar bernilai RM100

Baucar ini akan dilancar pada Oktober dan boleh digunakan serta-merta selain keistimewaan diberi untuk rakyat Selangor sahaja.

Baucar tersebut hanya boleh didapati di platform e-dagang Shopee.

Pengagihan membabitkan 10,000 baucar untuk:

  • Menginap di hotel
  • Taman tema
  • Inap desa berlesen

SYARAT KELAYAKAN

Dapatkan SATU (1) baucar bernilai RM100 dengan syarat;

  • Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad)
  • Umur 18 tahun ke atas pad atahun 2021

TERMA DAN SYARAT

Baca terma dan syarat penebusan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 di bawah:

  • Tempoh Kempen / Tempahan: 22 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021;
  • Tempoh Perjalanan: 22 Oktober 2021 hingga 30 Jun 2022
  • Setiap pengguna Shopee terhad kepada SATU (1) transaksi setiap baucar sepanjang Tempoh Kempen.
  • Terhad kepada sejumlah 10,000 penebusan baucar sepanjang Tempoh Kempen.
  • Semua pembayaran harus dilakukan dengan fungsi ‘ShopeePay’ SAHAJA.
  • Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.
  • Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis, atau pada masa Tempoh Kempen berakhir, mana yang lebih awal.
  • Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.
  •  Promosi tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai.

CARA MENGGUNAKAN BAUCAR

Bayaran untuk Pakej Pelancongan mesti dibayar menggunakan ShopeePay di aplikasi Shopee SAHAJA. Baucar yang diterima dapat digunakan secara automatik dalam transaksi yang memenuhi syarat.

Untuk maklumat lanjut, layari pautan www.selangor.travel. Baca juga soalan lazim di bawah:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma