Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar • Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •

Permohonan Bantuan Zakat UUM Tahun 2022 Kini Dibuka Secara Online

Oleh Cikgu Shaari • January 7, 2022 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Zakat UUM Tahun 2022 Kini Dibuka Secara Online
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perhatian buat pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM)! Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) yang sedang mengumpul maklumat pelajar UUM bagi permohonan bantuan zakat/ asnaf UUM bagi sesi 1 tahun 2022.

Bagi yang berkelayakan, anda boleh mengisi borang permohonan yang disediakan oleh Bahagian Al Ehwal Pelajar UUM. Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2022 sahaja, pastikan anda buat permohonan dalam tempoh ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan zakat dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bantuan zakat UUM dibuka sepanjang tempoh berikut sahaja:

  • 5 Januari 2022 – 31 Januari 2022

KADAR BANTUAN ZAKAT UUM

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar yang layak adalah seperti berikut:

  • Minimum RM300/ Seorang, Maksimum RM390/seorang

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pelajar berdaftar dengan pihak UUM (Sarjana Muda dan Pascasiswazah)
  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Permohonan SEKALI SAHAJA dalam tempoh SETAHUN/ 2 Semester
  • Pendapatan keluarga kurang daripada RM4,000
  • Status AKTIF ketika memohon
  • Termasuk dalam 8 golongan Asnaf (Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Al-Riqab, Al Qharimin, Fisabililah, Ibnu Sabil)

CARA MEMOHON

Sekiranya anda pelajar UUM yang berkelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan, anda boleh buat permohonan dalam tempoh ditetapkan. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online melalui pautan berikut:

Pelajar yang layak akan menerima Zakat terus ke Akaun Pelajar atau KiplePay. Sebarang pertanyaan lanjut, saudara/i boleh berhubung dengan pegawai Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) di talian 04-9284083 (En. Shahadat) / 04-9284088 (En. Shahrul) atau e-mel sssdhep@uum.edu.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.