Permohonan Bantuan Zakat Pelajar & Bantuan Sara Hidup Yayasan UMP Kini Dibuka
Dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) kepada pelajar yang beragama Islam dan Permohonan Bantuan Sara Diri bagi pelajar non-muslim UMP kini telah dibuka.
Pelajar yang layak dan memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian boleh buat permohonan dengan langkah yang akan dikongsiakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan bantuan.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan bagi permohonan Bantuan Zakat (Beragama Islam) dan Bantuan Sara Hidup ( Non Muslim):
- Warganegara Malaysia
- Pelajar sepenuh masa UMP yang berstatus aktif
- Pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM4,000
- Ibu atau bapa atau kedua-duanya telah meninggal dunia (keutamaan)
- Ibu atau bapa atau kedua-duanya adalah Orang Kurang Upaya (keutamaan)
- Ibu atau bapa atau kedua-duanya adalah penerima bantuan JKM (keutamaan)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Sediakan semua dokumen berikut untuk membuat permohonan:
- Slip gaji bapa @ pengesahan pendapatan bapa bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja (wajib)
- Slip gaji ibu @ pengesahan pendapatan ibu bagi yang bekerja sendiri / tidak (wajib)
- Sijil kematian ibu bapa / penjaga (jika berkaitan)
- Kad pesara ibu bapa / penjaga (jika berkaitan)
- Salinan kad OKU / kad bantuan JKM ibu bapa / penjaga (jika berkaitan)
- Dokumen sokongan lain jika ada
*Semua dokumen sokongan tersebut WAJIB disahkan oleh pegawai yang berkelayakan seperti Penghulu, Pesuruhjaya sumpah, Ketua Kampung
CARA MEMOHON
Pelajar yang layak dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan secara online sebelum 9 Oktober 2020. Permohonan yang telah dibuat hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan dan pelajar wajib memuatnaik ke pautan berikut dengan menggunakan format PDF:
Tarikh tutup bagi kedua-dua permohonan ini adalah 9 Oktober 2020, jam 12 Tengahari. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di talian 09-549 2543 (Kampus Gambang) atau 09-424 5721 (Kampus Pekan).