Bantuan Tambahan JKM: Bantuan Makanan RM100 Setiap Keluarga & Bantuan Komuniti Kumpulan Rentan
Di bawah Belanjawan 2021, Kerajaan telah meningkatkan kadar bantuan kebajikan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berkuatkuasa mulai bulan Januari 2021. Bantuan kebajikan ini melibatkan peruntukan sebanyak 2.2 bilion ringgit dan akan memanfaatkan lebih daripada 400 ribu penerima.
Demi memelihara kebajikan rakyat, dalam pakej bantuan Permai kerajaan telah menambah baik bantuan JKM sedia ada dengan memberikan beberapa bantuan tambahan lain.
Penambahbaikan bantuan bukan sahaja bagi bantuan JKM, kerajaan juga menawarkan data 1GB percuma setiap hari kepada rakyat Malaysia dan pakej data khas buat calon SPM, STPM dan pelajar IPT.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan tambahan JKM yang disediakan oleh kerajaan melalui pakej bantuan Permai.
Isi Kandungan
KENAIKAN KADAR BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN JKM
Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan kadar bantuan kebajikan bulanan JKM mula 2021 yang melibatkan beberapa golongan. Anda boleh semak kadar bantuan bulanan TERKINI di bawah:
Penerima bantuan bulanan JKM sedia ada boleh semak jadual bayaran bantuan bulanan JKM sepanjang tahun 2021 untuk ketahui tarikh duit bantuan masuk setiap bulan.
Bagi yang masih belum mohon bantuan bulanan JKM sehingga RM1,000 anda boleh mohon sepanjang masa secara online dan manual DI SINI.
PROGRAM BAKUL MAKANAN
Dalam pengumuman pelaksanaan pakej bantuan Permai pada 18 Januari lalu, JKM juga akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan yang merangkumi:
- Barang makanan keperluan bernilai RM100
Bantuan akan diberikan kepada setiap isi rumah yang layak, dengan jumlah peruntukan sebanyak 50 juta ringgit.
PROGRAM GLIC/GLC DISASTER RELIEF NETWORK
Selain itu, bagi memastikan kebajikan kumpulan rentan terus terpelihara, kerajaan akan memperuntukkan 25 juta ringgit di bawah progral GLIC/ GLC Disaster Relief Network sebagai:
- Geran padanan bersama syarikat berkaitan Kerajaan sebagai inisiatif sosial
Ini termasuklah pemberian bantuan komuniti termasuk masyarakat dari kategori:
- Warga emas
- Gelandangan
- OKU
- Mangsa banjir
Sebagai tanda penghargaan kepada usaha murni rakyat yang ingin bersama-sama menyalurkan sumbangan bagi mengekang penularan wabak COVID-19, Kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif dalam bentuk potongan cukai kepada penderma yang menyumbang wang tunai ataupun barangan serta membantu rakyat yang terkesan dengan wabak tersebut.
Penyumbang tersebut layak menuntut potongan cukai daripada pendapatan kasar perniagaan atau pendapatan agregat mereka.