Penggulungan Belanjawan 2021: Senarai Bantuan Tambahan Untuk Belanjawan 2021
Usul Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 November lalu kini telah lulus dalam undian di Dewan Rakyat pada 26 November 2020.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan itu pada jam 3.28 petang semalam.
Dalam intipati penggulungan terakhir Belanjawan 2021, terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan iaitu meliputi beberapa bantuan tambahan yang melibatkan pelbagai sektor. Ianya bakal memberi manfaat kepada semua rakyat seterusnya memberi perkembangan yang baik kepada negara.
BANTUAN TAMBAHAN BELANJAWAN 2021
Antara bantuan tambahan dalam penggulungan terakhir Belanjawan 2021 adalah seperti berikut:
- Pengeluaran i-Sinar KWSP maksimum RM10,000 diperluas kepada semua Ahli KWSP
- Moratorium diperluaskan dan diluluskan secara automatik bagi golongan B40
- Bantuan khas secara one-off kepada semua petugas barisan hadapan bukan-kesihatan yang layak sebanyak RM300 ringgit
- Peningkatan e-Belia kepada RM100 yang juga diperluaskan kepada 1.1 juta mahasiswa di IPT dan IPTS termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun
- Dana tambahan RM50 juta untuk Kerajaan Negeri Sabah untuk melawan Covid-19
- Meluaskan kategori penerima pembelian one-off RM500 daripada kategori Pesara Polis sahaja kepada kategori Pesara dan Bekas Polis
- RM80 juta untuk Tabung Bencana Pertanian untuk membantu pesawah, nelayan, pengusaha akuakultur, pekebun dan penternak
- Menaikkan kadar Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) kepada RM250 sebulan
- Bayaran RM300 sebulan untuk lebih 300,000 Pekebun Kecil di bawah Bantuan Musim Tengkujuh
- Mengkaji kadar elaun perumahan untuk penjawat awam
- Potongan cukai khas untuk pengurangan sewa premis untuk PKS