Permohonan Pinjaman, Bantuan & Derma Tabung Kebajikan Pelajar UPSI

SKPP menawarkan kemudahan pinjaman, bantuan kewangan pelajar, derma dan sebagainya kepada pelajar yang memerlukan. Pelajar boleh mengemukakan permohonan kepada SKPP dengan menggunakan borang atau permohonan atas talian melalui MyUPSI Portal.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.

BANTUAN DITAWARAKAN

Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar (BTKP)

Diberikan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan semasa menuntut di UPSI. Bantuan diberi dalam bentuk kewangan

Derma Tabung Kebajikan Pelajar (DTKP)

Diberikan kepada pelajar yang ditimpa musibah seperti kemalangan, kematian (ahli keluarga,diri sendiri), bencana alam, kecurian dan lain-lain.

Pinjaman Wang Segera (PWS)

Pinjaman yang ditawarkan bertujuan membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan dalam satu-satu semester pengajian. Kadar pinjaman diberi RM200 hingga RM500.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sila sediakan 2 set dokumen seperti berikut bagi setiap permohonan:

Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar (BTKP)

  • Slip permohonan yang dicetak dari MyUpsi Portal
  • Penyata Kewangan Pelajar yang dicetak dari MyUpsi Portal
  • Keputusan Peperiksaan terkini

Derma Tabung Kebajikan Pelajar (DTKP)

  • Slip permohonan yang dicetak dari MyUpsi Portal
  • Salinan Kad Matrik Pelajar
  • Salinan Sijil Kematian / Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan dan bukti-bukti lain yang boleh diterima
  • Salinan Surat Beranak Pelajar (bagi kes kematian ahli keluarga)
  • Salinan Surat Beranak si mati

Pinjaman Wang Segera (PWS)

Sediakan 3 set dokumen berikut:

  • Salinan surat penajaan atau “Penyata Kewangan Pelajar”
  • Salinan Keputusan Peperiksaan terkini.

Semua dokumen di atas hendaklah disahkan dan dihantar bersama borang permohonan yang dicetak melalui Portal MyUpsi.

CARA MEMOHON

Permohonan Bantuan / Derma Tabung Kebajikan Pelajar

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan:

  1. Layari MyUpsi Portal
  2. Masukkan ID & Kata Laluan
  3. Klik “Student Trust Fund”
  4. Klik “Apply”
  5. Pilih Jenis Permohonan (BTKP / DTKP)
  6. Isi maklumat selengkapnya
  7. Klik Submit & Print

Setelah cetak borang permohonan yang lengkap diisi, sediakan bersama 2 set dokumen yang disenaraikan di atas. Hantarkan dokumen yang lengkap ke alamat berikut:

  • Seksyen Kebajikan dan Perkhidmatan Pelajar, BHEP,
    Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
    Bangunan Pusat Pelajar
    Kampus Sultan Azlan Shah
  • 015 48797148
  • 019 5719977

Permohonan Pinjaman Wang Segera

Pelajar perlu dapatkan borang Pinjaman Wang Segera dari Pejabat Seksyen Kebajikan dan Perkhidmatan Pelajaran (SKPP). Isi borang selengkapnya dan hantarkan borang dengan dokumen yang lengkap ke Pejabat SKPP di alamat berikut:

  • Seksyen Kebajikan dan Perkhidmatan Pelajar, BHEP,
    Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
    Bangunan Pusat Pelajar
    Kampus Sultan Azlan Shah
  • 015 48797148
  • 019 5719977

 

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma