Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

7 Teknik Study Last Minute Yang Pasti Berkesan

Oleh Cikgu Shaari • September 15, 2020 • 3 min baca

7 Teknik Study Last Minute Yang Pasti Berkesan
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebenarnya study last minute atau belajar di saat-saat akhir sebelum tiba tarikh peperiksaan atau ujian ini menjalani amalan kebanyakan pelajar tidak kira pelajar sekolah ataupun pelajar universiti. Tak salah nak study last minute, tetapi pastikan ilmu yang dipelajari di saat-saat akhir itu berkesan dan boleh dibawa hingga hari peperiksaan nanti.

Tidak semua orang boleh study last minute dengan berkesan kerana tidak tahu teknik yang betul. Nak study last minute pun ada teknik!

Jika nak tahu teknik yang berkesan itu, ikuti perkongsian di bawah.

TEKNIK STUDY LAST MINUTE

7 Teknik Study Last Minute Yang Pasti Berkesan

1 Banyakkan Buat Latihan

Banyakkan buat latihan daripada membaca bila dah last minute. Bila masih banyak topik belum “cover”, pasti tidak sempat nak baca semua sekali dalam tempoh yang singkat. Jadi anda digalakkan untuk banyakkan buat latihan seperti soalan-soalan past year, soalan topikal dan soalan latihan yang pernah diberi oleh guru/pensyarah.

Bila kerap buat latihan, pelajar dapat mengetahui isi-isi penting dalam bab tersebut tanpa buka buku teks atau rujukan. Namun pastikan anda ketahui jawapan yang betul untuk latihan yang dilakukan.

2 Baca Kerap, Bukan Baca Lama

Baca dalam tempoh yang lama akan menyebabkan kita berasa bosan dan tekanan. Macam mana nak baca dengan kerap? Jawapannya adalah adakan sesi membaca yang diselangi dengan waktu rehat/break. Contohnya baca buku sejam, rehat 45 minit. Pecahkan jam membaca anda kepada sesi-sesi kecil supaya otak tidak letih dan lebih segar. Bila otak segar, baru senang nak faham.

3 Baca Dan Kongsi

Apabila anda selesai membaca, kongsikan dengan kawan-kawan anda apa yang anda belajar dan faham tadi. Hukum semulajadi manusia ialah pengulangan membuatkan seseorang itu lebih ingat dan faham. Tubuhkan satu study group dalam kumpulan yang kecil. Kongsikan dan tukar-tukar kefahaman dengan mereka.

Jika tiada orang di sekeliling, practice untuk berkongsi di hadapan cermin. Inipun sangat membantu untuk menguatkan daya ingatan kita. Lagi banyak anda berkongsi, lagi cepat anda faham dan ingat.

4 Baca Tips

Bila dah dekat saat-saat akhir ni, nak baca semua benda memang tak sempat. Jadi dapatkan tips dan hints apa yang perlu dibaca. Tips-tips ini lazimnya boleh diperolehi daripada cikgu-cikgu dan pensyarah yang mengajar subjek tersebut. Mereka pasti akan membantu memilih apa yang penting sahaja.

5 Tinggalkan Dunia Internet

Di saat-saat akhir ni, tinggalkan sebentar dunia internet anda dan juga TV. Media Social dan TV adalah musuh utama pelajar yang ingin fokus terhadap sesuatu. Penangan media sosial yang dapat mempengaruhi pelajar untuk leka ni sangat dasyat.

Bila dah berhenti belajar sekejap, tidak salah untuk jenguk media sosial sebentar, tetapi pastikan dalam masa 30 minit sahaja. Ingat, di waktu yang suntuk untuk anda belajar, anda perlukan kepantasan untuk membaca dan belajar.

6 Jangan Abaikan Waktu Tidur

Walaupun anda bersungguh-sungguh untuk mengejar topik yang hendak dibaca, jangan sesekali abaikan waktu tidur anda dan pastikan anda dapat tidur secukupkan menjelang peperiksaan. Ini kerana jika anda kurang tidur, badan akan mudah letih, tidak fokus malah ada potensi besar untuk membuat kesilapan sewaktu menjawab soalan kerana otak tidak dapat berfungsi sebaiknya.

7 Makan Makanan Berkhasiat

Perkara ini ramai yang terlepas pandang. Kononnya nak study dengan lebih seronok pelajar akan study sambil makan jajan atau makanan ringan seperti keropok. Pastikan anda makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, telur, ikan salmon, kacang, coklat gelap, teh hijau dan jus delima yang kaya dengan protein, omega 3 serta fiber yang meningkatkan lagi keupayaan otak untuk berfikir.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.