Cara Mohon Bantuan Sokongan Banjir Oleh Maybank Buat Pelanggan & PKS Yang Terjejas
Memahami masalah ramai pelanggan dan peniaga yang mengalami kerugian akibat daripada bencana banjir yang melanda, Maybank telah menawarkan Bantuan Sokongan Banjir kepada pelanggan yang terjejas akibat kejadian tersebut yang berpunca daripada hujan lebat baru-baru ini.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terkesan akibat banjir, yang telah menyebabkan kerosakan harta benda serta perhubungan terputus.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Sokongan Banjir yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
BANTUAN SOKONGAN BANJIR MAYBANK
Bantuan sokongan banjir yang ditawarkan oleh Maybank ini merangkumi:
- Penangguhan pembayaran pembiayaan/ pinjaman
- Pengurangan ansuran bulanan
- Lanjutan tempoh pembayaran balik
- Pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih seperti:
– Penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir - Pengecualian untuk caj lewat bagi kad kredit pelanggan yang terjejas
Sementara itu, cabang insurans Maybank Group, Etiqa, telah menyediakan:
- proses tuntutan yang cepat dan mudah bagi pemegang polisi insurans serta pemegang sijil takafulnya, tanpa sebarang borang atau dokumen sokongan.
SIAPA YANG LAYAK?
Tawaran Bantuan Sokongan Banjir ini adalah kepada individu yang terjejas akibat banjir meliputi:
- Pelanggan Maybank; dan
- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
- Pelanggan bukan runcit lain
CARA MEMOHON
Seperti yang dimaklumkan oleh Maybank, pelanggan yang buat permohonan Bantuan Sokongan Banjir ini boleh mohon melalui emel kepada alamat berikut:
- floodrelief@maybank.com
Permohonan mestilah disertakan bersama maklumat berikut:
- Nama atau Nama Syarikat
- Nombor kad pengenalan/ Pendaftaran Perniagaan
- Nombor telefon
- Jenis pinjaman/ produk (contohnya Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Bertempoh)
- Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Bertempoh)
- Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli)
Pelanggan yang nak mohon juga boleh mengunjungi atau menghubungi mana-mana cawangan Maybank, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Kewangan Auto di seluruh negara.
Semua permohonan akan dinilai berdasarkan kes demi kes. Bantuan ini juga direka bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir dan akan merangkumi, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau pelanjutan tempoh pembayaran balik.
SME Bank berkata semua pelanggan yang terjejas akan diberikan perlindungan yang perlu, berdasarkan keperluan individu bagi memastikan keberkesanannya dimaksimumkan.
Pelanggan SME Bank boleh berkomunikasi terus dengan Pengurus Perhubungan masing-masing untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun pembiayaan mereka atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Sebagai alternatif, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank pada talian 03-2603 7700 atau e-mel kepada customercare@smebank.com.my.
Baca juga: Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bank Dilanjutkan Sehingga 2 Tahun