Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon Bantuan Prihatin Zakat Pahang Buat Mangsa Banjir

Oleh Cikgu Shaari • January 7, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Bantuan Prihatin Zakat Pahang Buat Mangsa Banjir
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program agihan bantuan ini adalah sebahagian inisiatif MUIP melalui sumber zakat dibawah asnaf Gharimin bagi meringankan keperitan umat Islam yang terlibat dalam bencana Banjir di dalam Negeri Pahang tahun 2021/2022.

Agihan ini akan disalurkan kepada seorang sahaja iaitu Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap rumah yang terlibat dengan banjir. Sekiranya anda menetap di Pahang dan terjejas akibat banjir, anda boleh buat permohonan secara online bagi menerima bantuan agihan zakat ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan cara buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan agihan prihatin zakat (APZ) kepada mangsa banjir negeri Pahang tahun 2021/2022 dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup: 15 Februari 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Pemastautin/ Menetap di dalam negeri Pahang
  • Mangsa Banjir di dalam negeri Pahang yang disahkan
  • Telah berkahwin/ duda/ibu tunggal

CARA MOHON

Sekiranya anda memerlukan bantuan yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara online selewat-lewatnya 14 Februari 2022. Permohonan boleh dibuat dengan ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan https://easnaf.muip.gov.my/ebayt/apps/main/
  2. Bagi belum pernah log masuk, klik Daftar Pengguna untuk daftar akaun baharu
  3. Setelah daftar, log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
  4. Lengkapkan permohonan sehingga selesai dan klik hantar akhir sekali

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi talian 011 3016 3882 atau terus ke pejabat MUIP berdekatan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.