Vaksin Kanak-Kanak 5 – 11 Tahun Diluluskan, Ini Jenis & Kelebihan Vaksin Digunakan

Berdasarkan keputusan daripada  Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang telah bersidang, Kementerian Kesihatan kini telah meluluskan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection untuk digunakan bagi golongan kanak-kanak itu.

Vaksin jenis berkenaan mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin  Comirnaty yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak dan kelebihannya.

JENIS & KELEBIHAN VAKSIN DIGUNAKAN

Mesyuarat PBKD telah setuju beri kelulusan pendaftaran bersyarat bagi vaksin seperti berikut:

Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection

  • Untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun
  • Kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty bagi individu 12 tahun dan ke atas

Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection

  • Vaksin dengan formulasi baharu bagi individu 12 tahun dan ke atas
  • Tidak perlu dicairkan sebelum administrasi
  • Tempoh jangka hayat lebih panjang (10 minggu) berbanding formulasi sedia ada (1 bulan)
  • Perlu disimpan pada suhu 2 darjah celcius – 8 darjah celcius setelah dinyahbeli

Pemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin tersebut adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacturing GmbH Jerman.

KELULUSAN BERSYARAT CONVIDECIA RECOMBINANT

PBKD juga memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin  Convidecia® Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5  Vector) Solution for Injection sebagai dos penggalak kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Ia diperlukan dengan sela masa 3 hingga 6 bulan selepas menerima dos pertama daripada vaksin sama yang mana pemegang pendaftaran bagi vaksin ini ialah  Solution Biologics Sdn. Bhd. dan ia dikilangkan oleh CanSino Biologics Inc., China.

Kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai secara  berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data  terkini dari semasa ke semasa.

Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin-vaksin tersebut kekal positif.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma