Tawaran Bantuan Awal Persekolahan Dibuka Buat Pelajar Pra-Sekolah, Sekolah Rendah & Menengah

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak sekolah dan bermastautin di Negeri Sembilan mohon Bantuan Awal Persekolahan MAINS Tahun 2023 yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat bermula dalam tempoh permohonan dibuka dengan menghantar borang permohonan dan dokumen di kaunter Pejabat Agihan MAINS Daerah berhampiran.

Permohonan adalah terbuka kepada murid-murid Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Negeri Sembilan. Borang permohonan boleh dimuat turun di perkongsian ini.

Semak syarat kelayakan dan panduan buat permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS Tahun 2023 di perkongsian di bawah.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 10 November 2022 hingga 28 Februari 2023

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka kepada murid-murid yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara atau pemastautin tetap beragama Islam
  • Bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Kelulusan tertakluk kepada pendapatan isi rumah serta bilangan anak yang bersekolah

Merupakan murid sesi persekolahan berikut:

  • Pra Sekolah: Berumur 6 tahun sahaja
  • Sekolah Rendah: Tahun 1 – 6 sahaja
  • Sekolah Menengah: Tingkatan 1 – 5 sahaja

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan
  • Salinan MyKid/ MyKad/ sijil kelahiran tanggungan
  • Salinan sijil nikah/ sijil cerai/ sijil kematian (jika berkenaan)
  • Salinan penyata akaun bank/ pengesahan akaun bank
  • Slip gaji/ pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan (jika bekerja)
  • Salinan bil air & elektrik semasa tempat tinggal pemohon

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memerlukan bantuan ditawarkan memenuhi syarat kelayakan untuk terima bantuan awal persekolahan, anda boleh dapatkan borang permohonan di kaunter-kaunter Pejabat Agihan MAINS Daerah berhampiran atau muat turun di bawah.

Hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas pada tempoh permohonan yang ditetapkan ke Pejabat Agihan MAINS Daerah berhampiran. Semak senarai lokasi Pejabat Agihan MAINS Daerah & cawangan di bawah:

Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAINS

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman www.mains.gov.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma