Residensi MADANI 2026: Cara Mohon Rumah RM200K Secara Online (Panduan Lengkap) •Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon • Residensi MADANI 2026: Cara Mohon Rumah RM200K Secara Online (Panduan Lengkap) •Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon •

Tak Tahu Jawapan? Ini Strategi Jawab Soalan Temuduga Berbentuk Fakta, Pendapat & Teknikal

Oleh Cikgu Shaari • December 14, 2022 • 2 min baca

Tak Tahu Jawapan? Ini Strategi Jawab Soalan Temuduga Berbentuk Fakta, Pendapat & Teknikal
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Persediaan sebelum menghadiri temuduga adalah perkara yang tidak boleh dipandang remeh oleh setiap calon jika nak lulus. Namun pernah tak anda terfikir nanti tiba-tiba panel penemuduga tanya soalan yang susah, fakta dan anda tak tahu jawapan untuk soalan itu?

Apa anda nak buat, tidak mungkin anda akan diam sahaja?

Jangan diam! Walaupun anda tak tahu jawapan, anda patut bersuara juga jika nak lulus. Tetapi jangan pula anda bagi jawapan yang salah atau hentam sahaja.

Ada caranya nak jawab soalan yang anda tak tahu jawapan. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui strategi jawab soalan yang anda tak tahu jawapan.

STRATEGI JAWAB SOALAN TEMUDUGA YANG ANDA TAK TAHU JAWAPAN

Ada masa-masanya anda tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh panel penemuduga. Usah gelabah, tenangkan diri anda, seolah-olah anda memang mengetahui jawapannya walaupun sebenarnya anda tidak mengetahuinya. Mari ikuti tips-tips di bawah ini:

Soalan Bentuk Fakta

Jika soalan yang ditanya berbentuk fakta, jangan sesekali anda menipu! Cuba anda kaitkan soalan yang diberikan dengan apaapa yang berkaitan dengannya jika ada. Jika anda langsung tidak tahu, katakan saja anda anda kurang pasti ataupun anda pernah mendengarnya tetapi sudah lupa.

Sebagai contoh, anda ditanya “Boleh anda beritahu berapakah jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010?.

Anda ingat-ingat lupa akan jawapan yang tepat. Jadi katakan begini “kalau tidak silap saya pada beberapa tahun yang lepas penduduk Malaysia adalah seramai 23 juta orang”.

Jawapan tersebut adalah lebih baik daripada mendiamkan diri langsung. Sekurang-kurangnya anda berani mencuba.

Soalan Bentuk Pendapat

Jika soalan berbentuk pendapat, berikanlah pendapat yang baik. Walaupun ianya tidak tepat, panel penemuduga sebenarnya ingin menguji kebolehan anda memberikan pandangan dan mengolahnya.

Soalan Bentuk Teknikal

Jika soalan dalam bentuk teknikal, memang sukar bagi anda untuk menjawabnya sekiranya anda masih kurang pengalaman/fresh graduate. Akan tetapi tidak mengapa, katakan saja anda memang tidak mengetahuinya kerana belum menempuhinya. Akan tetapi jika anda mempunyai cadangan, anda boleh mencuba menjawabnya dengan mengatakan “Walaupun saya kurang pasti, saya cuba menjawabnya…” dan teruskan dengan jawapan anda.

Selalunya panel lebih gemar bertanyakan soalan yang mencapah, maksudnya yang memerlukan anda memberi pandangan, bukan soalan yang mempunyai jawapan ‘betul’ atau ‘salah’. Jadi, anda tidak perlu risau kerana yang dinilai bukan betul atau tidak jawapan anda, tetapi bagaimana anda menyusun dan memberi jawapan itu. Dan dari sini jugalah anda akan dinilai akan kejujuran anda.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.