Permohonan Bantuan Khas Pengusaha TASKA, Terima RM1,500 hingga RM5,000
Dikala kebanyakan bidang perniagaan sudah mula beroperasi, sekolah dan institusi pendidikan lain-lain pula harus menunggu lebih lama untuk kembali beroperasi. Kini semua pusat pendidikan susah bersedia untuk beroperasi semula berikutan dengan pengumuman oleh Menteri Pelajaran.
Bantuan Khas kepada Pengusaha TASKA diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bertujuan untuk meringankan beban kos operasi TASKA dalam mematuhi Panduan Pencegahan (SOP) Penularan COVID-19 Pasca Perintah Kawalan Pergerakan bagi Keselamatan Warga TASKA.
Anda boleh semak maklumat lebih terperinci dan cara memohon di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KATEGORI TASKA YANG LAYAK
Kategori TASKA yang layak memohon bantuan khas ini berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] adalah seperti berikut:
- TASKA Institusi
– Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
– Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) - TASKA Di Tempat Kerja
– Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
– Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja - TASKA Di Rumah
– Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
– Dijalankan di kediaman sendiri
KRITERIA PEMBERIAN BANTUAN
Terdapat dua kriteria pertimbangan pemberian bantuan khas ini seperti berikut:
- Dipertimbangkan kepada TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984[Akta 308].
- Dipertimbangkan kepada TASKA yang sedang dalam proses untuk didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308], DENGAN SYARAT mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan sebelum 31 Ogos 2020.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan yang akan diberikan adalah mengikut kategori seperti berikut:
- RM1,500 bagi TASKA di Rumah
- RM5,000 bagi TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Institusi
DOKUMEN UNTUK SAHKAN TASKA DALAM PROSES DAFTAR
TASKA Institusi dan TASKA di Tempat Kerja
Antara dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan TASKA Institusi dan TASKA di Tempat Kerja dalam proses untuk didaftarkan adalah:
- Salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS),
- Dokumen yang mengesahkan TASKA telah mengemukakan permohonan sokongan kepada agensi teknikal iaitu:
– Pihak Berkuasa Tempatan
– Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
– Pejabat Kesihatan Daerah
– Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
TASKA di Rumah
Antara dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan TASKA di Rumah dalam proses untuk didaftarkan adalah:
- Dokumen yang mengesahkan pengusaha TASKA sedang atau telah mengambil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA.
CARA MEMOHON BANTUAN KHAS PENGUSAHA TASKA
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon bantuan khas Pengusaha TASKA:
- Pengusaha TASKA boleh mendapatkan senarai semak permohonan daripada laman sesawang JKM (www.jkm.gov.my) atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan;
- Pengusaha juga perlu mengemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC); dan
- Mengemukakan dokumen sokongan sepertimana dinyatakan dalam senarai semak ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang terdekat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan bantuan khas yang diluluskan menerusi pindahan wang secara elektronik (EFT) ke dalam akaun bank atas nama TASKA.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri berdekatan atau hubungi talian berikut:
- Bilil Gerakan JKM: 03 8323 1996
- Talian Kasih: 15999
- WhatsApp Talian Kasih: 0192615999
- Laman Web: jkm.gov.my
Download senarai semak dokumen dan borang permohonan di bawah: