Info

TGV Cinemas Tawarkan Tiket Wayang Percuma Kepada Semua Frontliner

July 7, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca
TGV Cinemas Tawarkan Tiket Wayang Percuma Kepada Semua Frontliner

Setelah berbulan berjuang dalam menghapuskan wabak COVID-19, negara kita kini hampir bebas daripada wabak tersebut. Sekarang hanya tinggal 1 angka sahaja kes direkodkan hari demi hari.

Pencapaian yang Malaysia capai sehingga hari ini tidak mungkin berlaku tanpa pertolongan dan jasa barisan hadapan/ frontliners yang bekerja keras dalam mengurangkan jangkitan COVID-19.

TGV TAWARKAN TIKET PERCUMA BUAT FRONTLINERS

Sebagai satu tanda penghargaan, TGV Cinemas menawarkan tiket wayang percuma kepada semua barisan hadapan penguatkuasaan perubatan dan undang-undang yang telah bekerja tanpa henti ketika waktu yang belum pernah berlaku ini.

Pihak TGV menjemput semua frontliner menikmati percutian yang berbaloi dengan filem PERCUMA mulai 9 Julai hingga 15 Julai 2020.

TGV Cinemas Tawarkan Tiket Wayang Percuma Kepada Semua Frontliner

TERMA DAN SYARAT

Antara terma dan syarat untuk dapatkan tiket percuma adalah:

  • Tawaran adalah sah pada 9 Julai hingga 15 Julai 2020 sahaja.
  • Tawaran terbuka kepada barisan hadapan dalam penguatkuasaan kesihatan dan undang-undang ( doktor, jururawat, tentera, polis)
  • Setiap seorang hanya satu penebusan tiket boleh dibuat
  • Penebusan tiket percuma boleh di buat di kaunter TGV terpilih
  • Tawaran hanya boleh ditebus untuk Classic Halls sahaja
  • Tawaran adalah berdasarkan filem dan tempat duduk yang ada

SENARAI TGV UNTUK TEBUS TIKET PERCUMA

Berikut adalah senarai TGV Cinemas terpilih untuk membuat penebusan tiket percuma:

  • Dpulze
  • Permaisuri Imperial City Mall Miri
  • Setiawalk
  • Sunway Putra
  • Sunway Pyramid
  • Sunway Velocity
  • Vivacity Megamall
  • Wangsa Walk

CARA TEBUS TIKET PERCUMA

Untuk menebus tiket percuma daripada TGV, ikut langkah berikut:

  1. Bawa ID kerja anda ke kaunter tiket TGV terpilih
  2. Staff TGV akan rekod maklumat anda
  3. Anda boleh pilih jenis filem dan tempat duduk yang anda mahu

TGV Cinemas Tawarkan Tiket Wayang Percuma Kepada Semua Frontliner

Jasa dan kerja keras para barisan hadapan pastinya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Semoga semua rakyat Malaysia terus membantu dan memberi kerjasama dalam memastikan rangkaian wabak COVID-19 terus terputus.

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda