Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Baitumal MAIWP: Permohonan Bantuan Menyelesaikan Hutang

Oleh Cikgu Shaari • July 7, 2020 • 3 min baca

Baitumal MAIWP: Permohonan Bantuan Menyelesaikan Hutang
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin) bagi membantu asnaf yang mempunyai tanggungan hutang bagi memenuhi keperluan asasi seperti makanan, kesihatan dan perlindungan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan cara untuk membuat permohonan.

SYARAT UMUM

Antara syarat umum yang perlu dipenuhi adalah:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (kira kelayakan Had al-Kifarah)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Borang permohonan (download borang di bawah)
  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  • Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    – Isteri
    – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau akaun sumpah penjagaan [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  • Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  • Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  • Surat akaun sumpah/ bil/ resit / notis tuntutan ASAL daripada pemiutang

LAIN-LAIN DOKUMEN BERKAITAN

Lain-lain dokumen yang diperlukan berkaitan dengan permohonan adalah:

  • Keluarga Bercerai – Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  • Ahli keluarga telah meninggal dunia – Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
  • Saudara Baru – Satu salinan kad memeluk Islam.
  • Orang Kelainan Upaya – Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
  • Penghidap sakit kronik – Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  • Sedang mengikuti pengajian di IPT – Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
  • Keluarga bermasalah – Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
  • Muflis – Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

CARA MEMOHON

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan boleh dihantar terus dengan hadir sendiri ke kaunter-kaunter Baitumal MAIWP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke kaunter Baitumal MAIWP atau layari laman web rasmi MAIWP.

Anda boleh download borang permohonan di pautan berikut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MAIWP

Baca juga: Cara Login Sistem AKPK Bagi Membantu Peminjam Bayar Hutang

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.