Pendaftaran Bantuan Pembelian Barangan Keperluan RM2,500 Buat Ketua Isi Rumah

Sebanyak lebih 300 ketua isi rumah (KIR) khususnya di sekitar Gombak dan Sepang yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini sudah menerima Bantuan Pembelian Barangan keperluan sebanyak RM2,500. Penyaluran bantuan ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri melalui pejabat-pejabat pembangunan negeri.

Bantuan Pembelian Barangan Keperluan ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir bagi membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dan kerajaan berharap masalah ini dapat ditangani segera.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat pendaftaran.

KADAR BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN

Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir akan menerima Bantuan Pembelian Barangan Keperluan sebanyak:

  • RM2,500

CARA DAPATKAN BANTUAN RM2,500

Untuk makluman anda, Bantuan Pembelian Barangan Keperluan ini adalah disalurkan kepada semua KIR yang menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 sebelum ini secara berperingkat.

  • KIR yang sudah menerima BWI tidak perlu membuat pendaftaran semula bagi menerima bantuan ini

KAEDAH BAYARAN

Untuk makluman anda, bayaran Bantuan Pembelian Barangan Keperluan akan dibuat melalui salah satu kaedah berikut:

  • Dikreditkan terus ke akaun penerima melalui pindahan dana elektronik (EFT); atau
  • Secara tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB); atau
  • Agihan rumah ke rumah

Perdana Menteri berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dan dapat ditangani segera supaya usaha kerajaan dapat ditumpukan kepada pemulihan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri pada masa akan datang.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma