Tarikh Bayaran Bantuan RM500 Kepada Pemandu Teksi, Bas, E-Hailing & Kereta Sewa
Dalam pengumuman khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021 lalu, beliau telah memperkenalkan satu pakej bantuan khas PEMERKASA PLUS bagi membantu rakyat menghadapi waktu yang sukar sepanjang tempoh pelaksanaan Total Lockdown yang dilaksanakan selama 14 hari atau mungkin lebih bermula pada 1 Jun 2021.
Golongan Isi rumah dan bujang masing-masing akan menerima bantuan BPR Tambahan sehingga RM500 manakala golongan peniaga akan menerima bantuan GKP Tambahan RM1,500 tidak lama lagi. Di bawah pakej bantuan yang sama, kerajaan juga akan memberikan bantuan kewangan kepada golongan pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah.
Tidak dinafikan semasa tempoh PKP ini, ia turut memberi kesan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah.
Isi Kandungan
PEMANDU YANG LAYAK
Bagi mengurangkan beban golongan ini, Bantuan Khas secara one-off akan diberikan kepada:
- Pemandu pelancong
- Pemandu teksi
- Pemandu bas sekolah
- Pemandu bas persiaran
- Pemandu kereta sewa
- Pemandu e-hailing
KADAR BANTUAN BANTUAN
Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kepada golongan tersebut sebanyak:
- Kadar bantuan: RM500 one-off
Bantuan ini yang berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN PEMANDU
Untuk makluman anda, pembayaran akan dibuat secara auto-kredit ke dalam akaun bank 27,627 pemandu terlibat bermula pada:
- Mulai 10 September 2021
Seramai 56,092 pemandu e-hailing telah memenuhi syarat kelayakan dan layak untuk menerima bantuan one-off berjumlah RM500. 28,465 pemandu e-hailing yang layak telah disalurkan bantuan bermula dari 26 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021.
SKIM REHABILITASI SEWA BELI BAS & TEKSI
Kerajaan juga akan melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan nilai peruntukan 1 bilion ringgit. Melalui skim ini:
- Pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.