Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Daftar Bantuan Mobiliti Penjana PERKESO, Bantuan RM600 ~ RM1000 Bagi Pencari Kerja Yang Perlu Berpindah

Oleh Cikgu Shaari • June 15, 2020 • 2 min baca

Daftar Bantuan Mobiliti Penjana PERKESO, Bantuan RM600 ~ RM1000 Bagi Pencari Kerja Yang Perlu Berpindah
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Di perkongsian sebelum ini, ada menerangkan mengenai PenjanaKerjaya yang dilaksanakan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tujuan untuk merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan termasuk graduan.

Baca juga: Daftar MYFutureJobs PERKESO PenjanaKerjaya Untuk Penganggur

Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini melalui Program Pengambilan Pekerja. Di bawah program ini, pencari kerja yang perlu berpindah ke negeri lain untuk menerima tawaran kerja, akan diberikan elaun mobiliti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai elaun mobiliti serta syarat penerima bantuan mobiti dan cara membuat permohonan.

BANTUAN MOBILITI (MOBILITY ASSISTANCE)

Bantuan mobiliti merupakan bantuan kepada pekerja yang perlu berpindah  melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja ke tempat kerja yang ditawarkan. Bayaran one-off sebanyak RM600 hingga RM1000 akan diberikan kepada pencari kerja yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban pencari kerja yang kekangan wang untuk berpindah ke tempat kerja baru. Untuk membuat permohonan, semak syarat kelayakan di bawah bagi memastikan anda layak untuk memohon.

Bantuan Mobiliti Penjana PERKESO, Bantuan RM600 ~ RM1000 Bagi Pencari Kerja Yang Perlu Berpindah

SYARAT BANTUAN MOBILITI

Berikut adalah syarat bagi Bantuan Mobiliti di bawah Penjana Kerjaya:

  • Pekerja dan perantis yang diambil oleh majikan di bawah program insentif pengambilan ini yang perlu berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja terkini adalah layak menuntut bantuan RM600 melalui majikan;
  • Sekiranya perpindahan melibatkan antara wilayah dari Sabah ke Sarawak atau ke Semenanjung Malaysia atau sebaliknya layak menuntut RM1,000 melalui majikan;
  • Bantuan Mobiliti akan dibayar kepada pekerja melalui majikan secara one-off
  • Pekerja hanya layak menerima Bantuan Mobiliti sekali sahaja sepanjang tempoh program.

CARA MEMOHON

Buat masa sekarang, cara permohonan bagi Bantuan Mobiliti masih belum dikenalpasti. Jika terdapat maklumat terbaru mengenai permohonan bantuan ini, kemaskini akan dilakukan di dalam perkongsian ini. Semoga anda sabar menanti pengemaskinian akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan , anda boleh berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan pelanggan PERKESO di talian berikut:

  • Telefon: 03-8091 5300 / 1-300-22-8000
  • Emel: penjanakerjaya@perkeso.gov.my
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.