“Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) •Skill Paling Laku 2026: Senarai Kemahiran Bernilai Tinggi Untuk Jana Pendapatan & Bina Kerjaya •Bahasa Ketiga Yang “Worth It” Untuk Gen Z: Ini Pilihan Terbaik Untuk Naik Gaji & Cepat Dapat Kerja •Resume Bahasa Inggeris vs Bahasa Melayu: Mana Lebih Berkesan Untuk Dapat Kerja di Malaysia? • “Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) •Skill Paling Laku 2026: Senarai Kemahiran Bernilai Tinggi Untuk Jana Pendapatan & Bina Kerjaya •Bahasa Ketiga Yang “Worth It” Untuk Gen Z: Ini Pilihan Terbaik Untuk Naik Gaji & Cepat Dapat Kerja •Resume Bahasa Inggeris vs Bahasa Melayu: Mana Lebih Berkesan Untuk Dapat Kerja di Malaysia? •

Permohonan Bantuan Khas RM500 Peniaga Bazar Ramadan Di Kawasan PKP Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • May 24, 2021 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Khas RM500 Peniaga Bazar Ramadan Di Kawasan PKP Kini Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Peniaga bazar Ramadan di 6 daerah di Selangor yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini boleh membuat permohonan bantuan khas sebanyak RM500. Tempoh permohonan itu dibuka sehingga hujung bulan Jun depan.

Bantuan itu diberikan berikutan pengumuman penutupan peniaga bazar Ramadan yang tidak dapat lagi beroperasi sepanjang PKP mulai 8 Mei lalu. Pemohon hendaklah memastikan segala maklumat yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan yang ditawarkan.

KADAR BANTUAN

Pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak:

  • RM500 sekali bayar

DAERAH TERLIBAT

Enam daerah bazar ramadan yang terlibat dan layak memohon adalah meliputi:

  • Hulu Langat
  • Petaling
  • Gombak
  • Klang
  • Kuala Langat
  • Sepang

MAJLIS PERBANDARAN TERLIBAT

Sembilan (9) kawasan Majlis/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat bagi bantuan ini adalah:

  • Majlis Bandaraya Shah Alam,
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya,
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya,
  • Majlis Perbandaran Klang,
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya,
  • Majlis Perbandaran Selayang,
  • Majlis Perbandaran Kajang,
  • Majlis Perbandaran Sepang dan
  • Majlis Perbandaran Kuala Langat.

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan pemohon mestilah:

  • Peniaga bazar Ramadan yang berlesen atau berdaftar sama ada di bawah Majlis atau penganjur (berdaftar dengan Majlis)
  • Setiap peniaga hanya layak menerima sekali sahaja bantuan walaupun mempunyai lebih daripada satu petak bazar atau lesen daripada Majlis yang sama atau berbeza
  • Sistem akan menolak secara automatik mana-mana nombor kad pengenalan yang telah digunakan sebagai permohonan lengkap
  • Pemohon yang layak hendaklah mengisi maklumat peribadi termasuk nombor akaun bank yang masih aktif bagi tujuan penyaluran bantuan
  • Sekiranya pemohon mempunyai masalah akaun bank seperti muflis, tidak aktif dan sebagainya, penyaluran bantuan akan dikendalikan secara berasingan

CARA MEMOHON

Peniaga yang layak boleh buat permohonan sepanjang tempoh berikut:

  • 21 Mei 2021 hingga 30 Jun 2021

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan yang disediakan. Pemohon diminta untuk semak kelayakan menggunakan nombor kad pengenalan. Sekiranya layak, isi maklumat peribadi dan perniagaan bersama nombor akaun bank aktif. Klik pautan di bawah untuk buat permohonan:

Pemohon hendaklah memastikan segala maklumat yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Penyaluran bantuan RM500 akan dilaksanakan terus ke akaun bank pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya maklumat lengkap.

Permohonan Bantuan Khas RM500 Peniaga Bazar Ramadan Di Kawasan PKP Kini Dibuka

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.