Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon Pelbagai Jawatan SPP Terbuka Buat Lepasan PMR/PT3 & SPM/ Setaraf

Oleh Cikgu Shaari • May 24, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Pelbagai Jawatan SPP Terbuka Buat Lepasan PMR/PT3 & SPM/ Setaraf
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berminat nak bekerja di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, tetapi tiada kelayakan sehingga Diploma atau Ijazah? Berita baik buat lepasan sekolah dengan kelayakan PMR/ PT3 dan SPM// Setaraf! Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kini membuka pengambilan pelbagai jawatan anggota kumpulan pelaksana SPP Gred 11 hingga Gred 19 tahun 2021.

Jangan lepaskan peluang ini, permohonan adalah terbuka buat warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan. Permohonan boleh dibuat melalui sistem pengambilan SPP (MySPP) secara online.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara membuat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
  • Lokasi Kekosongan: Seluruh Negara
  • Nama Jawatan: Pelbagai Jawatan
  • Tarikh Tutup: 21 Jun 2021

NAMA JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan Gred 11 – Gred 19 yang ditawarkan:

  • Pembantu Tadbir N19 (Perkeranian/ Operasi)
  • Pembantu Pengurusan Murid N19
  • Pegawai Khidmat Pelanggan N19
  • Penyelia Asrama N19
  • Pembantu Makmal C19
  • Pembantu Operasi N11
  • Pemandu H11

SYARAT UMUM

Calon lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Gred 19:
    – SPM/ Kelayakan yang diiktiraf setaraf
    – Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus
    – Kepujian (Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
  • Gred 11:
    – PMR/ Kelayakan yang diiktiraf setaraf
    – Memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus dalam empat mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik

Cara Mohon Pelbagai Jawatan SPP Terbuka Buat Lepasan PMR/PT3 & SPM/ Setaraf

JUMLAH KEKOSONGAN SETIAP NEGERI

Cara Mohon Pelbagai Jawatan SPP Terbuka Buat Lepasan PMR/PT3 & SPM/ Setaraf Cara Mohon Pelbagai Jawatan SPP Terbuka Buat Lepasan PMR/PT3 & SPM/ Setaraf

CARA MEMOHON

Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan yang ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan panduan berikut:

Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal MySPP di pautan:

Individu yang masih belum pernah mendaftar MySPP boleh DAFTAR MYSPP sebelum buat permohonan. Dah daftar, masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan, klik LOG MASUK.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Akademik, Maklumat Kokurikulum dan Maklumat Tambahan.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Dah selesai lengkapkan maklumat, pergi ke bahagian JAWATAN DIMOHON. Masukkan Senarai jawatan yang ingin anda mohon di bahagian Jawatan yang dimohon.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Pilih pusat temuduga/ Ujian Khas dan klik SIMPAN

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Sahkan jawatan yang dimohon. Klik saya setuju dan HANTAR

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Permohonan anda telah berjaya dihantar! Slip Perakuan Permohonan Jawatan SPP akan dipaparkan. Cetak untuk rujukan akan datang.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan, anda boleh terus layari laman sesawang www.spp.gov.my.

Baca juga: Senarai Laluan Menjadi Seorang Pensyarah

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.