Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM600 Penjawat Awam & Pesara Pada 25 Januari 2021

Penjawat awam dan pesara Kerajaan kini boleh semak tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2021 seperti yang diumumkan. Semak juga senarai pegawai dan pesara yang layak menerima bantuan.

Selain daripada bantuan kepada golongan-golongan berpendapatan rendah yang kurang berkemampuan, Penjawat Awam juga bakal menerima manfaat hasil daripada pembentangan Belanjawan 2021 iaitu Bantuan Khas Kewangan.

Bantuan ini boleh dikatakan bonus yang diberikan kepada Penjawat Awam bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah. Bonus ini diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah, tidak lupa juga pesara kerajaan.

Berikut adalah maklumat lanjut tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2021.

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN

Kadar bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2021 adalah dibayar sebanyak:

  • Penjawat Awam: RM600
  • Pesara Kerajaan: RM300

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2021

Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan 2021 Penjawat Awam dan Pesara adalah pada:

  • 25 Januari 2021

PENJAWAT AWAM YANG LAYAK

Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang layak menerima Bantuan Khas Kewangan 2021 terdiri daripada:

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai

Pembayaran ini turut dipanjangkan kepada:

  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut;
  • Guru Interim
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman

PESARA YANG LAYAK

Pesara kerajaan yang layak menerima Bantuan Khas Kewangan RM300 adalah:

  • Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau belum 25 Januari 2021 akan dibayar RM300 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam manakala veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran
  • Pesara dan veteran seperti di atas yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 layak dibayar sebanyak RM600. Pembayaran sebanyak RM300 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam/ Jabatan Hal Ehwal Veteran dan bakinya sebanyak RM300 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat

GOLONGAN YANG TIDAK LAYAK

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan tidak layak diberikan kepada:

  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas;
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
  • Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib akan ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 ini. Pegawai hanya layak dibayar sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 25 Januari 2021 layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 sebanyak RM600.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma