Permohonan Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan Tahun 2023 Dibuka

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ingin mempelawa Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kepenggunaan yang berminat untuk memohon bantuan kewangan bagi tujuan menjalankan program/ aktiviti kepenggunaan di lokaliti masing-masing sepanjang tahun 2023.

Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kepenggunaan yang berminat untuk memohon insentif ini bagi menjalankan aktiviti atau program kepenggunaan di kawasan masing-masing pada tahun boleh buat permohonan secara atas talian sehingga 31 Disember 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skop program kepenggunaan yang layak dan panduan buat permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan bantuan kewangan yang ditawarkan dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup: 31 Disember 2022

SKOP PROGRAM KEPENGGUNAAN 2023

a) Kajian Consumer Empowerment Index (CEI) Tahun 2020 oleh Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan (BPDK) KPDNHEP menfokuskan kepada 3 domain utama berkaitan pengguna iaitu:

  1. Financial Literacy
  2. Purchasing Desicion
  3. Redress

b) Pendidikan kesihatan pengguna
c) Kesiapsiagaan menghadapi bencana alam
d) Sekuriti makanan
e) Advokasi kejatuhan matawang
f) Persiapan menghadapi krisis global dari sudut pengguna

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan bantuan mestilah disertakan bersama dokumen berikut:

  • Ringkasan Permohonan 3 Tahun Terdahulu berdasarkan [Format Bahagian D] (bagi penerima peruntukan sebelum ini)
  • Sijil Pendaftaran
  • Perlembagaan Persatuan
  • Penyata ROS terkini (2022/2021 sahaja)
  • Penyata bank terkini
  • Kertas Cadangan yang lengkap berdasarkan [Format Lampiran A1]

CARA MOHON

Permohonan mestilah dibuat dalam tempoh permohonan dibuka sahaja. Pemohon perlu muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen di pautan berikut:

Setelah lengkapkan borang permohonan tersebut, pemohon mestilah mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan Tahun 2023, sila hubungi En Aizat Hafiz di talian 03-8882 6447.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma