Bantuan Kewangan Pelajar IPT Sehingga RM1000 Buat Anak Negeri Sembilan

Buat anak-anak Negeri Sembilan yang sedang melanjutkan pelajaran ke IPT, terdapat bantuan khusus daripada Kerajaan Negeri Sembilan buat anda.
Bantuan kewangan ini adalah disediakan buat semua anak Negeri Sembilan yang sedang dalam pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil. Pemohon diminta untuk hantar borang permohonan dan dokumen berkaitan ke alamat yang disediakan.
Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan bantuan kewangan di bawah.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan yang akan diterima mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda: RM1000
- Diploma: RM750
- Sijil: RM500
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk menerima bantuan:
- Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
- Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
- Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
- Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.
- Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:
a) YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;atau
b) Penghulu; atau
c) Pengerusi MPKK/KRT/Taman
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Pemohon mestilah kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan:
- Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga;
- Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan;
- Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga;
- Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
Klik pautan berikut untuk muat turun borang permohonan berkaitan:
BORANG PENGESAHAN KELAYAKAN BANTUAN PENDIDIKAN FELDA
CARA MOHON
Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan telah mendapat pengesahan oleh pihak berkenaan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos alamat berikut:
- Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5B, Wisma Negeri
70503 Seremban
Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke talian 06 7659936 /31 @ 06 7659784 /85