Senarai Bantuan Kerajaan Sepanjang Bulan September Buat Semua Golongan

Memang tidak dapat dinafikan ramai yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyebabkan orang ramai tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Pasti ramai individu yang terkesan menunggu pemberian bantuan kerajaan kan?

Kerajaan tidak pernah sisihkan rakyat dalam menangani wabak Covid-19. Pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan buat semua golongan tanpa ada yang tersisih. Bantuan apa yang akan diterima dalam bulan September 2021?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai bantuan kerajaan bulan September buat semua golongan.

SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN SEPTEMBER 2021

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan sepanjang bulan September 2021 yang akan diterima buat semua golongan:

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Rakyat yang terkesan melibatkan golongan Miskin Tegar, B40 dan M40 akan menerima bantuan tunai secara berperingkat. Peringkat pertama adalah bermula pada bulan September 2021. Kelayakan adalah berdasarkan data-data dalam sistem BPR 2021.

Golongan yang layak akan menerima BKC fasa pertama mulai 6 September 2021 sebanyak:

  • Miskin Tegar
    – Isi rumah: RM500
    – Bujang: RM200
  • Kategori B40
    – Isi rumah: RM500
    – Bujang: RM200
  • Kategori M40
    – Isi rumah RM250
    – Bujang: RM100

Anda boleh semak tarikh bayaran dan kadar bayaran PENUH bantuan setiap golongan di sini:

i-Citra KWSP

Permohonan i-Citra KWSP telah dibuka bermula 12 Julai 2021 lalu. KWSP telah meluluskan permohonan bagi Ahli yang dah mohon. Seperti dimaklumkan, Ahli yang telah diluluskan akan menerima bayaran i-Citra bagi bulan September mulai 1 September 2021

Bayaran yang akan diterima adalah berdasarkan jumlah permohonan pengeluaran masing-masing. Berapa yang anda terima? Anda boleh semak di sini:

Geran Khas Prihatin 4.0

Bagi menyokong kelangsungan perniagaan yang terjejas, kerajaan meneruskan pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) kepada peniaga dengan memperkenalkan GKP 4.0. Bantuan ini akan dibayar secara berfasa seperti berikut:

  • Fasa pertama: RM500 (September 2021)
  • Fasa kedua: RM500 (November 2021)

Baca info lanjut pemberian GKP 4.0 DI SINI.

Bakul Prihatin Negara JKM

Bakul Prihatin Negara merupakan 1 inisiatif Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Setiap keluarga adalah layak untuk mohon bantuan Bakul Prihatin Negara yang meliputi barangan asas dan keperluan. Permohonan masih boleh dibuat di sini:

Program PRIHATIN Kasih (RM100/Bulan Selama 3 Bulan)

Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.

Isi rumah yang layak akan terima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad. Anda layak atau tidak? Semak di sini:

Elaun Mencari Kerja

Individu yang sedang aktif mencari kerja boleh dapatkan Elaun Mencari Kerja atau dikenali sebagai SIP PRIHATIN 2.0.

Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:

  • RM300 x 2 bulan

Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:

  • RM400 secara one-off

Macam mana nak mohon? Rujuk Cara Mohon Elaun Mencari Kerja

Bantuan Kanak-kanak JKM

Ramai tak tahu, JKM ada menyediakan Bantuan Kanak-kanak buat isi rumah yang tidak berkemampuan dan mempunyai anak. Permohonan bantuan adalah dibuka sepanjang masa dan boleh dibuat secara online. Bantuan diberikan seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
  • Maksimum RM1000 setiap keluarga setiap bulan

Semak: Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM

Bantuan Warga Emas JKM

JKM menyediakan Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM500 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti. Sama seperti Bantuan Kanak-kanak, permohonan Bantuan Warga Emas dibuka sepanjang masa kepada warga emas yang:

  • Berumur 60 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup

Semak: Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan Warga Emas JKM

Semoga perkongsian ini dapat membantu orang ramai mengenalpasti  bantuan-bantuan kerajaan yang boleh dimohon atau akan diterima sepanjang bulan September 2021.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma