Senarai Bantuan Kerajaan Sepanjang Bulan Januari 2023
Hari kedua sidang Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022 dijadual bermula dengan pembentangan bajet mini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri dijadual membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai bantuan kerajaan bulan Januari 2023 buat semua golongan.
Isi Kandungan
SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN JANUARI 2023
Berikut adalah senarai bantuan kerajaan sepanjang bulan Disember 2021 yang akan diterima buat semua golongan:
Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan dipercepatkan prosesnya pada bulan Januari 2023 dengan pembayaran sebanyak:
- RM100 bagi penerima bujang dan
- RM300 untuk setiap isi rumah
Baca: Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Buat Golongan Isi Rumah & Bujang
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa akan dibayar pada Januari 2023.
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas
Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional pada 1 Januari 2023.
Baca juga: Syarat Kelayakan Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas RM100 Buat Penjawat Awam
Bantuan Khas Kewangan
Bantuan Khas Kewangan (BKK) akan diberikan kepada penjawat awam yang gred jawatannya adalah Gred 56 dan ke bawah sahaja dengan bayaran berjumlah RM700. Bagi pesara kerajaan pula, mereka akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM350.
Bantuan musim Tengkujuh (BMT)
Jumlah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) akan ditambahkan sebanyak RM200 untuk pekebun kecil.
Bantuan Kanak-kanak JKM
Ramai tak tahu, JKM ada menyediakan Bantuan Kanak-kanak buat isi rumah yang tidak berkemampuan dan mempunyai anak. Permohonan bantuan adalah dibuka sepanjang masa dan boleh dibuat secara online. Bantuan diberikan seperti berikut:
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
- Maksimum RM1000 setiap keluarga setiap bulan
Semak: Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM
Bantuan Warga Emas JKM
JKM menyediakan Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM500 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti. Sama seperti Bantuan Kanak-kanak, permohonan Bantuan Warga Emas dibuka sepanjang masa kepada warga emas yang:
- Berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup
Semak: Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan Warga Emas JKM
Semoga perkongsian ini dapat membantu orang ramai mengenalpasti bantuan-bantuan kerajaan yang boleh dimohon atau akan diterima sepanjang bulan Disember 2021.