Cara Mohon Bantuan Kerajaan RM1,000 Buat Mangsa Banjir Kelantan & Terengganu

Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan segera sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir teruk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tersebut bagi bantuan itu bagi membantu mangsa banjir yang terlibat di Kelantan dan Terengganu. Pengumuman tersebut dilakukan ketika lawatan beliau di Pasir Mas, Kelantan pada hari ini bagi melawat mangsa banjir di negeri tersebut.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan bantuan.

BANTUAN KETUA ISI RUMAH TERLIBAT BANJIR

Kerajaan persekutuan telah memaklumkan bahawa setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat dalam bencana banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini akan menerima bantuan sebanyak:

  • RM1,000

BANTUAN BAGI KEMATIAN AHLI KELUARGA

Sekiranya ada keluarga yang terlibat dengan kematian ahli keluarga, kerajaan persekutuan bersetuju untuk memberikan bantuan sebanyak:

  • RM10,000 kepada mereka yang terlibat

BANTUAN NEGERI RM50 JUTA

Perdana Menteri juga turut mengumumkan bantuan kepada Negeri Kelantan dan Terengganu yang terjejas akibat banjir.

  • Bantuan sebanyak RM50 juta bagi Kelantan dan RM50 juta untuk Terengganu akan disalurkan untuk membantu mangsa yang terlibat memandangkan kebanyakan mangsa yang terkesan adalah golongan miskin.

PANDUAN MOHON BANTUAN BANJIR

Untuk mendapatkan bantuan yang diumumkan sebanyak RM1,000 bagi KIR yang terlibat banjir dan RM10,000 bagi keluarga yang kematian ahli keluarga, mereka perlu mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di mana mereka ditempatkan.

Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kemudiannya akan menguruskan bantuan tersebut untuk disalurkan kepada mereka yang terlibat.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma