Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

6 Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023

Oleh Cikgu Shaari • December 23, 2022 • 2 min baca

6 Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Pada tahun 2023, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150.00 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk lihat soalan lazim Bantuan Awal Persekolahan tahun 2023.

SOALAN LAZIM BANTUAN AWAM PERSEKOLAHAN

1) Siapakan murid yang layak menerima BAP 2023?

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Murid warganegara Malaysia
  • MUrid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan
  • Murid bersekolah di:
    i) Sekolah Kerajaan (SK)
    ii)Sekolah bantuan Kerajaan (SBK)
    iii) Sekolah Aagama
    iv) Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
    v) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    vi) Sekolah Integriti
    vii) Sekolah Henry Gurney

2) Bagaimanakah cara BAP disalurkan kepada semua murid?

  • Peruntukan BAP disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun

3) Bilakah bayaran BAP akan mula diberikan kepada murid?

  • Peruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak sekolah dimohon untuk membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejuruh peruntukan diterima oleh sekolah

4) Adakah murid yang layak perlu mengisi apa-apa dokumen sebelum menerima BAP?

  • Murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen

5) Adakah murid yang baru mendaftar masuk ke sekolah pada sesi persekolahan bulan Mac 2023 layak menerima BAP?

  • Layak sekiranya memenuhi kriteria-kriteria di Soalan 1

6) Adakah KPM menyediakan talian hotline khusus untuk memberikan penjelasan berkaitan BAP?

  • Tiada talian hotline khusus tetapi penjelasan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawangan rasmi KPM

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.