Permohonan Bantuan Kembali Ke Sekolah Dibuka, Terima RM100 Setiap Pelajar

Para ibu bapa atau pelajar yang lahir di Negeri Selangor bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) pada tahun 2023 boleh mohon bantuan kembali ke sekolah yang ditawarkan oleh MBI Selangor.

Inisiatif tunai berjumlah RM100 diperuntukkan untuk bantuan Kembali ke Sekolah MBI kepada 300 penerima bagi setiap DUN. Had pendapatan pemohon ditetapkan bawah RM4,000 untuk permohonan sesi persekolahan tahun depan berbanding RM2,500 sebelum ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Temoh permohonan bantuan Kembali ke Sekolah di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dilanjutkan sehingga:

  • Tarikh tutup: 31 Januari 2023

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI berkata ia bagi memberi peluang kepada pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masih belum melengkapkan senarai pemohon untuk melengkapkannya.

KADAR BANTUAN

Bantuan Back To School MBI Selangor merupakan inisiatif tunai yang diperuntukkan kepada 300 penerima bagi setiap DUN sebanyak:

  • RM100 setiap penerima

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Kembali ke Sekolah MBI dibuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Ibu atau bapa pelajar lahir dan menetap di Negeri Selangor.
  • Pengundi di DUN yang dipohon.
  • Pendapatan isi rumah adalah RM4,000.00 dan ke bawah.
  • Pelajar bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) pada tahun 2023.
  • Pemohon mestilah bukan penerima BINGKAS, mana-mana agensi lain seperti Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan lain-lain.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Bapa
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu
  • Salinan Kad Pengenalan Anak
  • Salinan Slip Gaji terkini atau Pengesahan Pendapatan (Majikan/Penghulu/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah/Pengerusi Persatuan Penduduk)
  • Pengesahan mastautin (Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Nazir/Pengurusan Sekolah)

CARA MOHON

Ibu bapa yang berkelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan boleh buat permohonan menerusi pejabat DUN atau penyelaras DUN di tempat tinggal anda.

Anda boleh hubungi pejabat DUN/ penyelaras DUN dengan merujuk senarai direktori Pusat Khidmat DUN di pautan bawah:

DIREKTORI PUSAT KHIDMAT DUN

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma