Permohonan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) N.9 RM300 Kini Dibuka
Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM3.0 juta bagi menyalurkan bantuan tunai secara one-off kepada rakyat Negeri Sembilan yang kehilangan kerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Individu yang kehilangan kerja dan terkesan akibat pelaksanaan PKP boleh mohon bantuan kewangan yang disediakan dan bayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan permohonan.
Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 30 Jun 2021 sehingga 30 Julai 2021
KADAR BANTUAN
Pemohon yang layak akan menerima bantuan tunai berjumlah:
- RM300 secara one off
- Dibayar dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat permohonan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan hilang pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan dalam tahun 2021
- Pemohon masih belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Sijil Nikah/ Cerai/ Kematian (yang mana berkaitan)
- Surat pemberhentian kerja daripada majikan
- Salinan penyata bank/ muka depan buku akaun
CARA MEMOHON
Permohonan bagi individu yang berkelayakan boleh dibuat melalui salah satu kaedah berikut:
- Melalui aplikasi telefon pintar N9.DIGITAL ; atau
- Laman web https://www.n9.digital
Kerajaan Negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.